Bekas pengadil Liga Inggeris, Mark Clattenburg memberikan amaran kepada pengadil pengadil di England, jika mereka ke Arab Saudi maka mereka berpotensi tidak akan dipilih atau ditendang dari senarai calon pengadil Piala Dunia.

Musim ini Liga Pro Saudi telah berjaya menarik ramai bintang dari kelab eropah datang menyertai mereka. Bukan calang calang nama, antaranya Benzema, Sadio Mane, Riyad Mahrez, Neymar dan ramai lagi.

Pertengahan musim lalu, Cristiano Ronaldo datang ke Al Nassr yang dia sendiri percaya menjadi salah satu faktor yang mencetuskan gelombang kehadiran bintang besar lain ke Arab Saudi.

The Times melaporkan bahawa Liga Pro Saudi kini mahu mengambil beberapa pengadil terbaik di Liga Inggeris dan eropah untuk menyertai liga itu.

Ianya sebagai satu cara meningkatkan lagi mutu pengadilan dan bola sepak di negara itu.

Namun Mark Clattenburg sudah memberikan amaran bahawa jika pengadil pengadil ini memutuskan untuk ke Arab Saudi, mereka boleh melupakan hasrat untuk mengadili Piala Dunia akan datang.

Mark Clattenburg sendiri pernah bertugas sebagai Pengarah Pengadil Arab Saudi dari 2017 sehingga 2018. Dia berkata: “Saya ada masalah dengan idea di mana pengadil sepenuh masa di sini [Eropa] pergi ke sana.”

“Dan saya tak nampak peluang mereka untuk mengadili UCL, Euro, atau Piala Dunia jika mereka pergi ke Arab Saudi. Saya setuju jika mereka ke sana pada hujung karier mereka.”

Seterusnya Clattenburg menyatakan, apabila seseorang pengadil itu sudah menyertai Liga Arab Saudi, mereka tidak akan dicalonkan menerusi negara asal mereka. Misalnya Clattenburg dari England, dia perlu memohon melalui Arab Saudi. Kerana FA England sudah tentu ada calon mereka sendiri.

Sebelum ini FA England dan Clattenburg tidak sehaluan, antara sebab dia pergi ke Arab Saudi.

“Sebelum ini saya fikir saya ada peluang untuk pergi ke Piala Dunia atau mengadili salah satu pertandingan Eropah. Namun FIFA dan UEFA memberitahu saya bahawa saya harus dinilai sebagai pengadil Arab Saudi.”

“Saya tidak mahu mengambil hak mereka [pengadil berasal dari Arab Saudi].”

Pada ketika ini, pengadil profesional di England menerima sekitar £120 ribu sehingga £300 ribu semusim. Dan Liga Pro Saudi dilaporkan sedia membayar berganda angka itu.

Liga Pro Saudi Tawarkan Gaji $400 Ribu Untuk Tarik Pengadil Dari Eropah

Michael Oliver, sebelum ini pernah dibayar £3000 satu perlawanan ketika mengendalikan aksi Al Hilal menentang Al Nassr.