Setelah berjaya membawa masuk beberapa pemain bertaraf bintang, Saudi Pro League (SPL) kini mempunyai sasaran baharu untuk memantapkan lagi saingan bola sepak mereka apabila menawarkan gaji lumayan bagi menarik minat pengadil dari Eropah khususnya dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Baca Juga:
- WWE Mahu Pancing Cristiano Ronaldo Tampil Di Acara ‘Crown Jewel’
- Neymar Anggap Liga Arab Saudi Mungkin Lebih Bagus Daripada Liga Perancis
- Peminat Ini Jelaskan Mengapa Beri Hadiah Jam Tangan Rolex Kepada Fabinho
Menurut laporan beberapa portal, pihak SPL menawarkan kontrak yang mana pengadil akan menerima gaji sebanyak $400 Ribu atau sekitar RM1.9 Juta setiap musim dan nilai ini dianggap satu nilai yang luar biasa.
Ketika ini, pengadil dalam saingan EPL menerima gaji sebanyak $150,000 hingga $365,000 setiap musim dan nilai yang ditawarkan oleh SPL dijangka mampu untuk menarik minat pengadil dari saingan liga terbaik di dunia itu.
Daniel Cook, Michael Oliver and Darren England being paid to referee a football game in United Arab Emirates on Thursday.
UAE's Manchester City stay top of the Premier League due to referee mistakes on Saturday.
Obviously it's just a poorly timed coincidence, I wouldn't read… pic.twitter.com/4mHJBNcimj
— The Kop Watch (@TheKopWatch) October 1, 2023
Saingan Saudi Pro League sememangnya terkenal dengan penggunakan khidmat pengadil dari luar negara seperti New Zealand, Argentina, dan Paraguay dimana pengadil dari tiga negara ini telah diberikan tugas untuk mengendalikan perlawanan liga musim ini.
Langkah yang diambil oleh SPL ini memberi gambaran bahawa mereka tidak mahu memberikan fokus terhadap satu perkara sahaja dalam usaha meningkatkan kualiti bola sepak di negara itu dan mahu aspek pengadil turut dipertingkatkan.
Sebelum ini, Tengku Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman menegaskan beliau tidak peduli dengan kritikan yang dilontarkan terhadap negaranya selepas kelab di negara itu memborong pemain bintang dunia.
Bin Salman telah meluluskan perbelanjaan untuk sukan yang belum pernah berlaku sebelum ini sejak menjadi pemerintah Arab Saudi pada 2017. Pengkritik berpendapat pelaburan itu bertujuan untuk mengalih perhatian perhatian daripada pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di negaranya. Tetapi dalam satu temu bual, Bin Salman berkata dia tidak terganggu dengan tuduhan yang menurut pengkritik dipanggil dengan nama sport washing.
“Jika sport washing akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara saya sebanyak 1%, maka saya akan terus melakukan perkara itu. Saya tidak kisah. Saya menyasarkan pertumbuhan sebanyak 1.5% lagi. Panggil apa sahaja yang anda mahu, kami akan mendapat 1.5% itu,” katanya.
“Apabila anda ingin mempelbagaikan ekonomi, anda perlu bekerja dalam semua sektor. Perlombongan, infrastruktur, pembuatan, pengangkutan, logistik dan perkara lain.
“Sebahagian daripadanya adalah pelancongan dan jika anda ingin membangunkan pelancongan, sebahagian daripadanya adalah budaya, sebahagian daripada budaya adalah sektor sukan,” tambah Mohammed bin Salman.