Bekas pemain Brazil, Marcelo menegaskan kejayaan memenangi Copa Libertadores beraama
Fluminense lebih bermakna berbanding memenangi Liga Juara-Juara Eropah bersama Real Madrid.

Marcelo bermain selama 80 minit ketika Fluminense menewaskan kelab Argentina, Boxa Juniors pada perlawanan akhir dengan keputusan 2-1 yang mana aksi tersebut diheret sehingga ke tambahan masa.

Pemain pertahanan kiri itu meninggalkan Fluminense pada 2007 untuk menyertai Real Madrid dan kembali ke kelab itu pada awal tahun ini.

Bercakap kepada ESPN, pemain berusia 35 tahun itu menegaskan tiada yang lebih bermakna memenangi kejuaraan bersama kelab yang disokong sejak kecil.

“Real Madrid pasti faham. Ini kejuaraan paling bermakna bagi saya di peringkat kelab kerana pasukan ini yang menggilap bakat saya sejak saya kecil. Real tahu Fluminense sentiasa berada di hati saya,” katanya.

Sebelum ini, Marcelo menjadi antara pemain paling berjaya dalam sejarah Real Madrid dimana beliau memenangi 25 kejuaraan sepanjang 15 tahun menyarung jersi kelab itu.

Antara kejayaan yang pernah dimenangi pemain itu termasuk lima UCL, empat Club World Cup, tiga UEFA Super Cup, enam LaLiga , dua Copa del Rey dan lima Spanish Supercopa.

Selain itu, pemain yang membuat 58 penampilan bersama skuad kebangsaan Brazil itu menegaskan kejayaan memenangi Copa Libertadores seperti melunaskan hutang terhadap Fluminense.

“Kejayaan ini ditakdirkan untuk kami. Saya bekerja keras. Ramai orang mengkritik saya tetapi saya tidak mempedulikan semua itu. Kini kami bergelar juara Libertadores.