Tig pemain dari akademi remaja Real Madrid telah ditangkap untuk siasatan kerana berkongsi video seks melibatkan kanak kanak atau remaja bawah umur.
Baca Juga:
- Man United Sedia Bantu Real Madrid Selesaikan Krisis Penyerang Dengan Menawarkan Martial
- Real Madrid Tanya Tanda Harga Mbappe, PSG Minta €250 Juta
- Real Madrid Tewaskan Barcelona Untuk Dapatkan Arda Guler
Seperti yang dilaporkan oleh El Confidencial, mereka yang ditahan ialah tiga pemain dari akademi remaja, pasukan simpanan dan pasukan ketiga.
Sumber yang sama juga melaporkan polis tidak menolak kemungkinan ada pemain di dalam pasukan utama turut terlibat, berdasarkan siasatan awal yang dibuat.
Menurut El Confidencial, ibu kepada kanak-kanak bawah umur yang menjadi mangsa itu, telah melaporkan kes pada 6 September lalu.
Mereka sekeluarga sangat kecewa dengan video yang telah disebarkan di kalangan pemain pemain Real Madrid itu.
Ibu kanak kanak kanak itu menyatakan kepada polis bahawa salah seorang pemain Real Madrid yang ditahan itu telah merakam video seks anak perempuannya dan mengedarkannya kepada rakan rakannya.
Three Real Madrid players arrested for alleged sexual video involving minor https://t.co/OR9ktG2Tq4
— Guardian sport (@guardian_sport) September 14, 2023
Peristiwa itu didakwa berlaku di perbandaran Mogan di Kepulauan Canary.
Suspek telah ditahan kemudian dibawa ke ibu pejabat polis untuk siasatan. Daripda penahanan itu membawa kepada penahanan dua lagi rakannya.
Penangkapan itu dilaporkan berlaku di Valdebebas, tempat di mana para pemain berlatih.
Menurut El Confidencial, penyiasat merampas telefon bimbit itu untuk meneruskan analisisnya dan memajukan siasatan bagi mengetahui sama ada terdapat lebih ramai orang yang terlibat.
Menurut sumber Reuters, gadis berusia 16 tahun itu mengesahkan bahawa hubungan intim antara dia dan pemain itu adalah atas persetujuan.
Namun dia tidak pernah sama sekali bersetuju pemain itu merakam video mereka.
Kes ini pastinya menjadi tamparan hebat kepada Real Madrid yang merupakan kelab terbesar di dunia.
Dan pemain remaja yang terlibat ternyata tak fikir panjang tentang masa depannya dalam bola sepak.