Sadio Mane memang dikenali dengan kemurahan hatinya. Sebelum ini dia membina masjid, sekolah dan hospital di Senegal untuk kegunaan masyarakat di kampungnya.
Sadio Mane seorang pemain yang sangat bagus. Dan menjadi nadi penting untuk Senegal dan pasukan Liverpool.
“I won’t use my money to buy Bugatti, Ferrari, I will help my people” – Sadio Mane Speaks https://t.co/Az0ntesvYW
— Kofi Kyini (@kofi_kyini_) February 8, 2022
Satu lagi kisah menarik dikongsikan oleh sebuah keluarga di Cameroon. Sadio Mane telah membayar kos rawatan kanak kanak yang dilanggar motosikal.
Ketika itu Sadio Mane menerima rawatan di hospital kerana ada gegaran otak ketika aksi menentang Cape Verde. Mane dan penjaga gol lawan bertembung dan kedua duanya diminta untuk ke hospital untuk rawatan sebaik sahaja tamat perlawanan.
Namun ketika di hospital, Mane mendapat tahu ada sebuah keluarga tidak cukup wang untuk membayar bil pembedahan anak mereka yang kemalangan dan mengalami patah tulang.
Seorang saksi perkara tersebut kemudian memberitahu siaran tv Cameroon – Equinoxetv tentang kemuliaan hati Mane.
“Saya rasa saya harus memberitahu kamu tentang sifat pemurah Sadio Mane ketika di Bafoussam – saya mewakili keluarga yang dibantunya.”
“Anak mereka dikejarkan ke hospital kerana dilanggar motosikal dengan beberapa tulangnya patah, serta seluruh badannya cedera. Dia nyawa nyawa ikan, dan ibu bapa budak itu memberitahu mereka tak mampu membayar kos rawatan.”
“Dan kemudian Sadio Mane yang berada di hospital yang sama, kerana dia dirawat di situ pada hari itu selepas gegaran dialaminya ketika menentang Cape Verde, melihat keluarga ini sedang bersedih dan dia bertanya kepada mereka, apa yang berlaku.”
“Kami pun menjelaskan kepada Mane tentang situasi tersebut dan Mane memberikan mereka 400,000 FCFA (sekitar RM3,000) untuk membantu keluarga itu.”
“Saya percaya ini semua berlaku kerana Tuhan.”
Liverpool forward Sadio Mane paid FCFA 400,000 for a young boy in hospital
The 29-year-old met his family by chance while being treated for a concussion
Mane was also named AFCON player of the tournament for his superb displays pic.twitter.com/lMp2r3fBni
— 🅵🆁🅰🅽🅲🅾 (@ZukzFranco) February 8, 2022
Sadio Mane membantu negaranya menjadi juara Afrika buat pertama kali dalam sejarah bola sepak mereka. Walaupun gagal menyempurnakan penalti dalam masa sebenar perlawanan, namun Mane antara pelaksana penalti yang menyempurnakan penaltinya dalam penentuan penalti.
This is art; a portrait of perseverance and triumph 🤩
Aliou Cissé missed a penalty 20 years ago as Senegal lost the AFCON final to Cameroon and vowed "if I don't win it as a player, I'll win it one day as a coach"
So close in 2019, but finally lifting it in Cameroon is poetic pic.twitter.com/Y3Yg4bF6tx
— Melissa Reddy (@MelissaReddy_) February 8, 2022