Manchester United melepaskan 2 gol pendahuluan mereka pada separuh masa pertama dengan 2 jaringan sendiri lewat perlawanan oleh De Gea dan Maguire.

Ianya adalah aksi suku akhir pertama Liga Europa antara Manchester United dan Sevilla yang berlangsung di Old Trafford.

Manchester United kelihatan akan memenangi perlawanan ini dengan mudah apabila Sabitzer menjaringkan 2 gol dalam tempoh 21 minit.

Walaupun tanpa penyerang yang sudah menjaringkan 28 gol – Marcus Rashford – Man United tetap menunjukkan kualiti mereka di hadapan gol.

Dan United kelihatan benar benar bagus pada separuh masa pertama. Mereka tidak begitu banyak masalah.

Tetapi malangnya pada separuh masa kedua mereka memberikan ruang dan peluang kepada Sevilla untuk bangkit. Man United dilihat agak shut down pada babak kedua terutama sekali pada minit akhir perlawanan.

United memiliki beberapa peluang keemasan untuk membunuh perlawanan ini dan membawa kelebihan agregat ke Sevilla. Namun mereka tidak menyudahkan peluang itu.

Antaranya menerusi Antony dan juga Casemiro. Masing masing memiliki peluang mereka.

Akhirnya Sevilla mulai mendapatkan rentak mereka dan mengejar Manchester United.

Man United menambah senarai kecederaan mereka lagi apabila Lisandro Martinez dikeluarkan lebih awal.

Sebelum ini Erik Ten Hag mengkritik penjadualan oleh Liga Inggeris yang menurutnya tidak cukup efisien dan menyumbang kepada masalah kecederaan pemain mereka.

Manchester United antara pasukan yang paling banyak beraksi musim ini. Mereka kekal bersaing dalam aksi Piala FA dan juga UEL selain daripada aksi liga dengan jadual padat.

Ketiadaan Varane dan Martinez di bek tengah Man United benar benar memberikan masalah kepada mereka.

David De Gea melakukan jaringan sendiri pada minit ke-84. Dan ianya ternyata membangkitkan lagi keyakinan pasukan Sevilla.

Sevilla yang bergelut di peringkat domestik, membuktikan bahawa mereka masih memiliki magis di pertandingan UEL. Ini apabila asakan bertali arus mereka pada masa kecederaan membuahkan hasil.

Kali ini,pada masa kecederaan tandukan En-Neyseri terbias pada belakang Maguire dan masuk. Tamat perlawanan Man United terikat dengan Sevilla di Old Trafford selepas 2 jaringan sendiri daripada De Gea dan Maguire.