Manchester United sudah menghantar bidaan yang mereka anggap yang terakhir untuk Mason Mount dan sedia beralih kepada Moises Caicedo – menurut Times Sport.

Baca Juga:

Di mana bidaan tersebut bernilai £55 juta. Chelsea meminta United membayar £65 juta sebagai harga tawaran khas.

Sebelum ini Chelsea meletakkan harga Mount sekitar £70 juta.

Namun Manchester United nampak gayanya sudah sedia untuk melupakan Mason Mount.

Kini kelab yang berpangkalan di Old Trafford itu mahu mendapatkan pemain sasaran Chelsea iaitu Moises Caicedo.

Chelsea dianggap kelab paling ‘advance’ dalam rundingan mendapatkan Caicedo ketika ini.

Manchester United merasakan harga yang mereka tawarkan sebanyak £55 juta adalah harga yang sepatutnya. Menandangkan Mason Mount masih ada baki kontrak kira kira setahun sahaja lagi di Stamford Bridge.

Kontrak semasa Mount akan berakhir pada Jun 2024. Dan selepas itu dia boleh pergi secara percuma.

Mount sudah menyatakan dia tak akan melanjutkan kontrak dengan Chelsea. Dan dia juga sangat berminat dengan idea menyertai Manchester United.

Ironinya, mereka mahu menjadikan Caicedo sebagai pengganti Mason Mount. Dalam erti kata lain, mereka mahu menggunakan wang daripada penjualan Mason Mount untuk menampung dana mendapatkan Caicedo.

Caicedo disahkan boleh meninggalkan kelab Brighton pada jendela perpindahan kali ini. Dengan tanda harga £100 juta yang ada padanya, kelab itu sedia berunding bermula dengan nilai £80 juta.

Salain Manchester United, Caicedo turut menjadi sasaran kepada Arsenal. Terutama sekali ketika kelab itu mungkin terlepas tandatangan Declan Rice. Keutamaan Arsenal ketika ini masih lagi Declan Rice dari West Ham.