Brighton sebelum ini meletakkan tanda harga Moises Caicedo adalah £80 juta dan kini angka itu meningkat kepada £100 juta.

Baca Juga:

Ianya selepas kelab itu meletakkan harga Declan Rice sebagai penanda aras. Menurut mereka jika Rice bernilai £105 juta maka Moises Caicedo adalah bernilai £100 juta.

Gallas Perancis
Kredit Foto: Twitter FIFA World Cup

Moises Caicedo menjadi sasaran Chelsea. Selepas Pochettino mengenal pasti bahawa dia antara nama yang boleh memperkuatkan bahagian tengah pasukan itu.

Selain itu Arsenal turut masih berminat dengan Caicedo.

Namun sejak beberapa minggu lalu, Chelsea sudah memulakan beberapa siri perbincangan dengan Brighton. Cuma masih belum ada bidaan rasmi dibuat untuk pemain itu.

Fabrizio Romano sebelum ini menganggap Chelsea di landasan terbaik untuk membeli pemain itu.

Jika Chelsea benar benar sedia membeli Caicedo dengan £100 juta maka, pemain itu akan menjadi pemain tengah kedua yang mereka beli dengan nilai lebih £100 juta.

Musim lalu mereka membeli Enzo Fernandez dengan nilai keseluruhan £106 juta yang merupakan rekod perpindahan di England.

Pada Januari lalu, Arsenal melakukan dua bidaan untuk Caicedo sekitar £70 juta, namun ditolak oleh Brighton. Pemain itu kemudian melanjutkan kontrak baharunya di Brighton.

Salah satu sebabnya adalah kerana kelab mahu menjualnya mahal, dan kelab berjanji akan melepaskannya jika ada tawaran daripada pasukan besar selepas ini.

De Zerbi beberapa bulan lalu sudah mengumumkan bahawa kelab itu sudah sedia kehilangan Alexis Mac Allister dan Caicedo. Mac Allister sudah rasmi menyertai Liverpool. Kini tinggal Caicedo yang masih menunggu tawaran terbaik untuknya.