Manchester United telah lucutkan Harry Maguire daripada jawatan kapten kelab itu. Dan kini Erik Ten Hag akan mencari kapten baharu untuk kelab tersebut.

Maguire menjadi kapten United sejak Januari 2020, ketika itu dia dilantik oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Akui dia kecewa dengan keputusan tersebut, namun Maguire bertekad akan memberikan yang terbaik kepada United walaupun kelab itu sudah lucutkan jawatan kapten ada padanya.

Dalam kenyataan peribadinya di media sosial, Maguire berkata:

“Selepas berbincang dengan pengurus, dia memaklumkan kepada saya dia mahu menukar kapten.”

“Dia sudah menggariskan alasannya kepada saya, walaupun saya secara peribadinya sangat sangat kecewa, saya tetap akan memberikan segala yang saya ada setiap kali menyarung jersi Man United.”

“Saya nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada penyokong Manchester United di atas segala sokongan hebat anda sepanjang saya memakai lilitan kapten.”

“Sejak hari pertama saya mengambil alih peranan itu, selama 3 tahun setengah, ianya adalah penghormatan terbesar untuk mengetuai Manchester United, dan ianya salah satu detik paling membanggakan dalam karier saya sehingga kini.”

“Ianya salah satu penghormatan terbesar dalam bola sepak peringkat kelab. Saya akan melakukan apa yang saya terdaya untuk membantu United berjaya – di dalam dan di luar padang.”

“Saya akan sentiasa berterima kasih kepada Ole Gunnar Solskjaer kerana memberikan saya tanggungjawab dan saya berharap, saya mengharapkan sesiapa sahaja yang memakai lilitan kapten selepas ini akan berjaya, dan akan mendapat sokongan saya.”

Erik Ten Hag sebelum ini kerap menggunakan Bruno Fernandes sebagai kapten pasukannya. Dan dia menjadi calon utama untuk menjadi kapten United yang baharu.