Penyerang skuad kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin akhirnya menamatkan kemarau jaringan pada musim ini apabila meledak gol keduanya untuk membantu pasukannya, KV Kortrijk menewaskan Westerlo, 2-1 dalam perlawanan Liga Pro Bawah 21 tahun Belgium hari ini.
Dalam perlawanan itu, KV Kortrijk terlebih dahulu membuka akaun jaringan melalui Luqman Hakim pada minit ke 17 sebelum rakan sepasukannya, Milan Baeten menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 66 sekaligus menewaskan Westerlo yang berada di kedudukan ke 9 liga dalam kumpulan B.
Bagaimanapun, kemenangan itu tidak mengubah kedudukan skuad bawah 21 tahun Kortrijk dalam liga apabila kekal di tangga tercorot dengan 15 mata selepas mengharungi 23 perlawanan.
Mereka juga mempunyai baki 2 lagi perlawanan dan berpeluang memintas Lommei SK yang berada di tangga 13 dengan 19 mata.
Setakat ini, bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari itu lebih banyak beraksi bersama skuad bawah 21 tahun KV Kortrijk untuk mendapatkan lebih banyak minit permainan sambil mengembalikan semula prestasi terbaiknya.
Kali terakhir Luqman tersenarai dalam skuad utama KV Kortrijk ialah pada 14 Februari lalu ketika perlawanan menentang Beerschot. Beliau turut berada di bangku simpanan namun masih belum berpeluang untuk diturunkan oleh pengurus baharu kelab itu, Karim Belhocine.
Luqman menjaringkan gol kedua buat KVK B21 dalam aksi menentang Westerlo B21. KVK B21 menang 2-1. pic.twitter.com/iYi50h80bs
— KV Kortrijk Malaysia (@MalaysiaKv) April 5, 2022
Baca artikel lain mengenai perkembangan Luqman Hakim ini melalui pautan dibawah.
Fandi Ahmad Sifatkan Malaysia Bertuah Miliki Luqman Hakim Dan Arif Aiman