Penyerang muda negara, Luqman Hakim masih belum membuat sebarang penampilan bersama skuad utama KV Kortrijk dalam saingan Jupiler Pro League Belgium musim 2021/2022.
Luqman kembali menyertai sesi latihan pasukan setelah menamatkan tugasan bersama skuad kebangsaan dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 dan pengendali Kortrijk, Karim Belhocine belum memberikan peluang kepada Luqman untuk turun bersama skuad utama.
Menurut perkongsian Pemain Ke-12 di laman media sosial Twitter, Luqman dikhabarkan telah mengupah jurulatih luar untuk melakukan latihan tambahan selain latihan bersama pasukan bagi meningkatkan prestasi beliau.
Kami juga diberitahu Luqman ada mengupah seorang Jurulatih luar di Belgium untuk melakukan latihan tambahan selain bersama pasukan untuk memperbaiki prestasi beliau. Kita berharap usaha ini akan memberikan hasil positif untuk beliau. https://t.co/luXZoBQF7u
— Pemain Ke-12 (@pemain_ke_12) February 20, 2022
Sebelum ini, Pemain Ke-12 turut berkongsi musim pertama Luqman Hakim bersama KV Kortrijk tidak berjalan dengan sempurna kerana pemain itu lambat menyertai pasukan serta isu kecergasan ekoran dari kecederaan yang dialami.
Kami diberitahu Luqman Hakim akan kekal bersama KV Kortrijk musim ini. Beliau sdg giat bermain bersama pasukan B23 tahun KVK & berlatih bersama pasukan utama. Beliau memberitahu bahawa musim pertama beliau tidak berjalan dgn sempurna kerana tiba lambat & tidak cergas sepenuhnya. pic.twitter.com/NTJ78MAzsw
— Pemain Ke-12 (@pemain_ke_12) January 5, 2022
Luqman mengalami kecederaan hamstring pada November tahun lalu ketika menjalani sesi latihan sehari selepas aksi menentang RSC Anderlecht, yang mana turut menyaksikan beliau membuat penampilan pertama bersama skuad senior Kortrijk.
Setelah dianalisis oleh pihak perubatan kelab, otot Luqman koyak sepanjang 1.9 sentimeter sekaligus pemain berusia 19 tahun itu dinasihatkan agar berehat selama tiga minggu.
Luqman Hakim tidak beraksi ketika KV Kortrijk menentang Zulte Waregem pada Sabtu lalu yang mana Zulte turut dibarisi oleh pemain negara iaitu Dion Johan Cools. Perlawanan tersebut dimenangi oleh Kortrijk dengan keputusan 5-0.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah di sini:
EPL: 2 Pemain Gantian Manchester United Pastikan Kemenangan Ke Atas Leeds
EPL: Gol Kemenangan Masa Kecederaan 90+5 Kane Tumbangkan Manchester City Di Etihad