Bekas pemain skuad kebangsaan Jerman, Lukas Podolski bangga kerana dapat memberikan impak positif ketika beliau beraksi bersama Vissel Kobe dalam saingan J. League.

Menurut Podolski, beliau bukan hanya memberikan impak positif dari segi trofi yang dimenangi malah kelab juga berkembang menjadi satu pasukan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Lukas
Sumber Gambar: Pinterest

“Saya berpendapat saya berjaya memperbaiki kelab dan juga saingan Liga Jepun itu sendiri. Saya menjadi antara Big Transfer dalam saingan liga ketika itu.

“Saya rasa tidak ramai khususnya di Eropah yang mengenali Vissel Kobe sebelum kedatangan saya. Saya menyertai Vissel dan bahkan membantu kelab mencipta akaun Instagram.

“Selain itu, saya turut menyumbang idea untuk menaik taraf bilik persalinan dan sedikit idea mengenai perubahan stadium yang digunakan. Tetapi tidak ramai yang sedar akan perkara ini kerana mereka lebih fokus mengenai prestasi saya,” kata Lukas Podolski.

Lukas
Lukas Podolski (Vissel), NOVEMBER 10, 2018 – Football / Soccer : 2018 J1 League match between Vissel Kobe 0-0 Sagan Tosu at Noevir Stadium Kobe in Hyogo, Japan. Noxthirdxpartyxsales PUBLICATIONxINxGERxSUIxAUTxHUNxONLY (91324260)

Podolski turut berpendapat kehadiran beliau ke dalam saingan Liga Jepun menyebabkan pemain berprofil tinggi lain seperti Andres Iniesta dan Fernando Torres menjadi berminat untuk beraksi di negara matahari terbit itu.

Setelah beraksi bersama Vissel selama dua musim dan meraih kejuaraan Emperor’s Cup musim lalu, Podolski memutuskan untuk berhijrah dan kini beliau beraksi bersama Antalyaspor di Turki.

Baca artikel lain mengenai Lukas Podolski di sini:

Vissel Kobe Lepaskan Lukas Podolski, JDT Mungkin Jadi Destinasi Seterusnya

Lukas Podolski Sah Sertai Kelab Turki, Antalyaspor

Kelab 2. Bundesliga, FC Koln Mahu Bekerjasama Dengan Lukas Podolski