Teka-teki mengenai destinasi pemenang Piala Dunia 2014, Lukas Podolski setelah meninggalkan Vissel Kobe akhirnya terjawab apabila pemain itu sah menyertai kelab Liga Turki, Antalyaspor.
Perkara ini disahkan oleh Antalyaspor menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi kelan dimana Podolski akan memakai jersi bernombor 11.
🤝 Willkommen – Welcome – Hoş Geldin @Podolski10 #BizAntalyasporuz pic.twitter.com/OcdBPHELBL
— Bitexen Antalyaspor (@Antalyaspor) January 23, 2020
Setelah beraksi dalam saingan Liga Jepun bersama Vissel Kobe, Podolski meninggalkan pasukan itu kerana gagal untuk mencapai kata putus mengenai kontrak lanjutan dan sejak itu beliau berstatus ejen bebas.
Pemain yang pernah beraksi bersama Arsenal itu dikaitkan dengan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim setelah beliau mengutarakan hasrat kepada pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan kemudiannya melawat pusat latihan skuad Harimau Selatan itu.
Namun, beliau memilih tawaran yang diberikan oleh Antalyaspor dan beliau kembali beraksi di Turki setelah kali terakhir menyarung jersi Galarasaray.
Antalyaspor ketika ini sedang bergelut dalam saingan Süper Lig dimana mereka menduduki zon penyingkiran setelah menghadapi 18 perlawanan.
Kehadiran Podolski diharapkan dapat membantu kelab tersebut kembali ke prestasi terbaik sekaligus keluar dari zon penyingkiran.
Baca artikel lain mengenai Lukas Podolski di sini:
Kelab 2. Bundesliga, FC Koln Mahu Bekerjasama Dengan Lukas Podolski
Vissel Kobe Lepaskan Lukas Podolski, JDT Mungkin Jadi Destinasi Seterusnya