Luis Enrique menyatakan bahawa dia mahu terus kekal mengendalikan pasukan kebangsaan Sepanyol sampai bila bila. Namun dia perlu mempertimbangkan banyak perkara.
La Roja menelan penyingkiran yang memalukan di tangan pasukan bukan pilihan Maghribi. Di mana Sepanyol disingkirkan dalam penentuan penalti.
3 pelaksana penalti Sepanyol yang pertama kesemua gagal dalam tugasan mereka. Meskipun sebelum perlawanan Enrique mendedahkan kesemua pemain pasukannya berlatih 1,000 penalti setiap seorang sebelum tiba di Qatar 2022.
Ianya sebahagian latihan tambahan secara persendirian dibuat pemain untuk mengelak daripada disingkirkan dalam mana mana penentuan penalti. Terutama sekali berdepan dengan pasukan yang bermain defensif yang sedia mengheret mereka ke penentuan penalti.
Malangnya, Sepanyol masih kalah 0-3 dalam penentuan penalti.
Luis Enrique told his Spain side to practice 1,000 penalties before the World Cup.
They scored zero in their shootout with Morocco 🤐 pic.twitter.com/v5ohTgF00n
— ESPN UK (@ESPNUK) December 6, 2022
Pablo Sarabia, Carlos Soler dan Sergio Busquets kesemuanya gagal dalam tugasan mereka.
Lebih menyakitkan, pemain kelahiran Madrid, Achraf Hakimi melakukan penalti kemenangan dengan panenka.
Luis Enrique menyatakan dia betanggungjawab sepenuhnya di atas kekalahan mereka termasuk pemilihan pemain yang mengambil sepakan penalti.
“Saya memilih pengambil sepakan penalti, saya fikir mereka adalah yang terbaik di atas padang,” kata Luis Enrique.
“Saya memilih tiga yang pertama dan saya akan melakukannya sekali lagi [jika ada kesempatan lain].”
“Jika saya boleh mengubah sesuatu, saya akan keluarkan Bounou [penjaga gol Maghribi] dan meletakkan seorang lagi penjaga gol di sana.”
“Penalti bukan loteri untuk saya. Anda perlu mengawal nasib anda sendiri, untuk mengetahui cara menguruskannya. Saya akan memilih pemain yang sama sekali lagi.”
Enrique kemudian mengakui bahawa dia sudah memikirkan soal masa depannya bersama Sepanyol. Namun enggan membincangkannya buat masa ini.
“Saya tidak boleh bercakap tentangnuya, kerana saya tidak tahu,” tegas Enrique.
“Kalau boleh, saya mahu terus kekal mengendalikan pasukan kebangsaan untuk seluruh hidup saya. Namun saya harus berfikir dan merenung tentang apa yang terbaik untuk Sepanyol.”
“Tetapi sekarang bukan masa untuk membincangkannya.”
Luis Enrique: "I would love to continue my whole life in the national team but I have to think and reflect on what is best for me and for Spain, but now is not the time." pic.twitter.com/Tunbwewadk
— Barça Universal (@BarcaUniversal) December 6, 2022
“Saya sangat gembira dengan FA Sepanyol, presiden dan dengan (pengarah sukan).
“Jika ia sama seperti saya, saya akan mengekalkan sepanjang hidup saya, namun itu tidak berlaku.
“Saya perlu berfikir dengan tenang apa yang terbaik untuk saya dan pasukan kebangsaan. Semua situasi akan mempunyai pengaruh.”