Persatuan Bola Sepak Sepanyol (SFF) hari ini telah secara rasmi melantik Luis Enrique sebagai ketua jurulatih baru menggantikan Fernando Hierro yang meletakkan jawatan dari tugas sementara sepanjang kempen mereka di Piala Dunia 2018.

Bekas pengurus FC Barcelona itu telah menandatangani kontrak selama 2 tahun untuk mengisi jawatan yang sebelum ini dikendalikan oleh Julen Lopetegui.

Sepanyol telah menamatkan kontrak Julen Lopetegui 2 hari menjelang perlawanan pembukaan Piala Dunia bertemu Portugal di Sochi dan Pengarah Bola Sepak, Fernando Hierro dinamakan sebagai pengganti sementara.

Fernando Hierro juga telah meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Bola Sepak kerana kegagalan skuad La Roja di Russia.

luis enrique
SUMBER: SKY SPORT

“Kami memerlukan seorang jurulatih yang berjaya, moden dan tahu gaya permainan tetapi mampu membuat perubahan”, kata Pengarah Sukan baharu Sepanyol, Jose Francisco Molina memberitahu kepada media.

Perlawanan pertama Luis Enrique sebagai ketua jurulatih Sepanyol adalah pada 8 September 2018, dimana Sepanyol akan bertemu England di Wembley.

Menurut presiden SFF, Luis Rubiales, mereka tidak ada calon lain yang mempunyai apa yang diperlukan selain dari Luis Enrique.

“Kami gembira dengan komitmen dari Luis Enrique dan beliau telah menolak beberapa tawaran lain yang lebih tinggi untuk menerima jawatan sebagai ketua jurulatih Sepanyol”

Sumber