Marca melaporkan, Luis Enrique sudah mempertimbangkan untuk meletak jawatan di PSG kerana campur tangan pihak atasan dalam pengurusan dan pemilihan pemain yang akan bermain.
Baca Juga:
- Klopp Tergelak Dengar Wartawan Tanya Pasal Liverpool Mahukan Kylian Mbappe
- Konflik Di PSG: Luis Enrique Diarahkan Tidak Menurunkan Mbappe Jika Dia Kekal Musim Ini
- Diketepikan Daripada Skuad Ke Jepun, PSG Sedia Jual Kylian Mbappe
Walaupun PSG sudah memberikan Enrique pemain yang dia mahukan iaitu Ousmane Dembele, namun pengurus itu tidak selesa demgan campur tangan pengurusan tertinggi termasuk pemilik kelab dalam isu pengurusan pemain.
Krisis Kylian Mbappe dengan Nasser Al Khelaifi serta kini terpalit pada Luis Enrique.
Ketika Enrique diperkenalkan sebagai pengurus PSG dia menyatakan dia tidak masuk campur dalam isu Mbappe yang mahu dijual kelab.
Namun dia sudah memberitahu kelab, selagi lagi Mbappe berada di PSG dia mahu menggunakan atau berhak menggunakan pemain itu dalam pasukannya.
Kerana Mbappe adalah pemain terbaik dalam pasukan PSG pada masa ini.
Enrique tidak gembira ketika PSG mengarahkan dia menggugurkan nama Mbappe daripada tugasan pra musim di Jepun.
Ini kerana Mbappe enggan melanjutkan kontraknya dan PSG masih gagal menjual pemain itu.
Kemudian terdapat satu lagi arahan meminta Enrique jangan menurunkan Mbappe langsung pada musim ini. Kini Enrique dikatakan agak janggal di PSG, tersepit dalam situasi Mbappe.
Selain daripada campur tangan pemilik dalam isu Mbappe, Luis Enrique juga tak gembira dengan berita bahawa Luis Campos mungkin meninggalkan jawatannya di PSG.
Luis Campos dan Mbappé mempunyai hubungan peribadi dan profesional yang sangat baik bermula sejak zamannya di Monaco.
Mbappe juga dikatakan antara sebab kenapa PSG menandatangani Campos menggantikan Leonardo sebagai Pengarah Sukan. Kerana Mbappe tidak suka dengan Leonardo sebaliknya dia yakin dengan Campos.
Sebelum Campos menyertai PSG, Florentino Perez dilaporkan pernah cuba meminta bantuannya untuk memujuk Mbappe agar datang ke Real Madrid.
Walaubagaimanapun, Campos kemudian menyertai PSG, dan Kylian Mbappe memilih untuk memperbaharui di PSG.
Campos kini menjadi orang kanan Al-Khelaifi. Dan dia juga tidak gembira dengan campur tangan pihak Qatar terutama sekali Nasser Al Khelaifi yang mengarahkan untuk membekukan Mbappe.
Itu akan memberikan impak kepada prestasi di atas padang serta impak kepada publisiti kelab di peringkat global. Dan Luis Campos pasti akan menjadi orang yang akan menjawab tentang isu berkaitan dengan prestasi pasukan.
Luis Campos adalah orang yang meyakinkan Luis Enrique untuk menyertai kelab itu. Dengan tekanan yang diterima daripada pemilik kelab, Luis Enrique benar benar serius mahu meletak jawatan Luis Campos dipecat dan situasi Mbappe terus tidak diselesaikan.
Berita itu sangat mengejutkan kerana Luis Enrique masih belum memulakan tugasan untuk perlawanan rasmi lagi. Kerana kini masih di pra musim.