David De Gea menjadi sasaran kritikan setelah pasukannya tewas 0-1 kepada Ukraine dalam pertandingan Liga Negara-negara Eropah (UNL).
Namun, jurulatih La Roja, Luis Enrique, enggan menyalahkan De Gea.
Dalam aksi di Stadium NSK Olimpiyskiy, Kiev – Sepanyol tampil dengan aksi meyakinkan.
Mereka menguasai hampir 70% perlawanan ini dengan melepaskan 21 percubaan ke arah gol dan 8 daripadanya adalah tepat.
Sebaliknya, pasukan tuan rumah hanya mendapat dua peluang terbaik daripada tiga peluang yang mereka ada.
Namun begitu, Ukraine menjadi pemenang selepas Viktor Tsygankov memanfaatkan kesilapan David De Gea yang meninggalkan gawang terlalu jauh.
Tsygankov berjaya menjaringkan gol pada minit ke-76 yang memberikan kemenangan kepada pasukan Ukraine yang serba tempang selepas ramai pemain skuad utama mereka disisihkan kerana covid-19.
12 First Team players injured or with Covid?
NO PROBLEM! πΊπ¦
Second game syndrome? Try Third?
Ukraine break their three game duct with a gutsy win v Spain https://t.co/IhG5JzvYyj
— Zorya Londonsk (@ZoryaLondonsk) October 13, 2020
Ini adalah kekalahan pertama Sepanyol dalam 16 perlawanan terakhir di semua pertandingan.
Sebelum ini, mereka telah berjaya memperoleh 11 kemenangan dan empat seri dari 15 perlawanan.
Kekalahan untuk pasukan kebangsaan Sepanyol menjadikan David De Gea sebagai sasaran kritikan.
Penjaga gol Manchester United dianggap sebagai penyebab kekalahan La Roja kepada Ukraine. Namun, Luis Enrique mempertahankan De Gea.
“Anda boleh melakukan lebih banyak perkara, tetapi menyalahkan De Gea sudah menjadi tabiat buruk dan satu obsesi.”
“Setiap bolos yang kami lepaskan adalah tanggungjawab kami sebagai satu pasukan.”
“Kita perlu memperbaiki permainan kita dan mencipta lebih banyak peluang gol. Saya gembira dengan apa yang saya lihat pada skuad hari ini, pandangan saya tidak berubah.”
Baca juga perkembangan lain
TERKINI: Cristiano Ronaldo Positif Covid-19, Camavinga Nampaknya Kena Cuci Juga Jersi CR7
Wenger: Mansuhkan UNL Yang Mengelirukan, Anjurkan Piala Dunia Dan Euro Setiap Tahun
Pulisic Laung Amaran, Chelsea Nak ‘Tapau’ Kesemua Piala Tersedia Musim Ini