Superstar Portugal dan Juventus, Cristiano Ronaldo, disahkan positif Covid-19. Kenyataan rasmi tentang perkara itu dibuat oleh FA Portugal sejurus selepas ujian ke atas pemain itu dikeluarkan.
Ronaldo dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan gejala. Dia berada dalam pengasingan bebas dan tidak akan bermain dalam perlawanan antarabangsa Portugal vs Sweden.
“Cristiano Ronaldo dilepaskan daripada pasukan kebangsaan setelah diuji positif Covid-19, dan dia tidak akan bermain melawan Sweden.”
“Pemain Portugal itu sihat, tanpa gejala dan mengalami pengasingan,” menurut kenyataan FA Portugal.
Selain Ronaldo, tidak ada pemain Portugal lain yang dikesan ada covid setakat ini selepas ujian dilakukan.
Ronaldo sebelum ini mengetuai negaranya untuk mempertahankan kejuaraan UNL berdepan dengan Perancis. Beliau juga bermain dalam aksi persahabatan menentang Sepanyol terlebih dahulu.
Unidos dentro e fora do campo! 🇵🇹👏🏽👊🏽 #todosportugal pic.twitter.com/4bQSUIPm2m
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) October 12, 2020
Portugal ketika ini mendahului Kumpulan A3 dalam Liga Negara Eropah dengan tujuh mata, hanya mendahului kerana perbezaan gol berbanding Perancis.
Netizen kini tertumpu kepada bintang muda Perancis, Eduardo Camavinga yang mendapat jersi Cristiano Ronaldo.
Beliau menerusi kapsyen snapchatnya berkata: “Saya tak akan basuh jersi ini.”
Malang sekali beliau kini perlu membasuhnya.
Cristiano Ronaldo has now tested positive for COVID-19.
— Get French Football News (@GFFN) October 13, 2020
Baca juga perkembangan lain
Wenger: Mansuhkan UNL Yang Mengelirukan, Anjurkan Piala Dunia Dan Euro Setiap Tahun
Pulisic Laung Amaran, Chelsea Nak ‘Tapau’ Kesemua Piala Tersedia Musim Ini
Ozil Dapat Bonus Kesetiaan £8 Juta Kerana Terus Kekal Di Arsenal Musim Panas 2020