Lionel Messi akhirnya rasmi memenangi Ballon d’Or kelapan dalam sejarah kariernya. Ianya melanjutkan lagi rekod Messi sebagai pemenang terbanyak Ballon d’Or.
Baca Juga:
- Pendapatan Messi €30.3 Juta Semusim Di Inter Miami
- Fabrizio Romano Dedahkan Pemenang Ballon D’Or Ialah Messi
- Messi Ketuai Pencalonan MVP Tahunan MLS Walaupun Beraksi 4 Kali Sahaja
Jauh meninggalkan pemenang kedua terbanyak iaitu Cristiano Ronaldo yang tidak berada dalam senarai akhir sekalipun.
Kejayaan Messi membantu Argentina menjulang Piala Dunia 2022 dianggap sebagai faktor paling penting yang membolehkan Lionel Messi menjadi pemenang Ballon d’Or kali ini yang merupakan kelapan di dalam koleksinya.
Messi yang kini beraksi bersama Inter Miami dianggap telah melengkapkan karier bola sepaknya dengan kejayaan memenangi Piala Dunia 2022. Sekaligus mengukuhkan namanya sebagai GOAT/ Greatest of All Time / Terbaik Sepanjang Zaman dalam bola sepak.
Namun Messi kekal merendah diri ketika mengulas tentang statusnya sebagai pemain terbaik sepanjang zaman.
Messi berkata: “Seeprti yang saya selalu katakan, saya tak pasti sama ada saya pemain terbaik sepanjang zaman atau tidak. Namun jika saya dianggap antara yang terbaik maka ianya sesuatu yang sangat indah.”
• Are you the best in history?
Leo Messi: “As I always said, I do not know if I am the best player in history or not. If I am one of the best, then this is a wonderful thing.” pic.twitter.com/kjOOK3r6BQ
— All About Argentina 🛎🇦🇷 (@AlbicelesteTalk) October 30, 2023
Messi turut memberikan penghargaan kepada Erling Haaland dan Kylian Mbappe yang menjadi pesaingnya dalam anugerah Ballon d’Or kali ini.
Haaland yang membantu Man City memenanginya treble musim lalu berada di tangga kedua sementara Mbappe berada di tangga ketiga.
“Saya tak nak lupa bahawa Haaland dan Mbappe juga menikmati karier yang sangat baik musim lalu. Saya yakin pada tahun tahun mendatang mereka akan memenangi anugerah ini.”
Let's recap!#ballondor pic.twitter.com/AFYBodAM6N
— Ballon d'Or (@ballondor) October 30, 2023