Tengah hangat cerita tentang Messi dianggap sudah pun dipilih menjadi pemenang Ballon d’Or musim ini.

Wartawan bola sepak terkemuka Fabrizio Romano mendedahkan bahawa dia mengatahui tentang keputusan Ballon d’Or yang dibocorkan.

Dan pemenang Ballon d’Or ialah Lionel Messi. Pemain yang membantu dan mengetuai negaranya menjulang Piala Dunia 2022 yang lalu.

Messi kini bermain untuk Inter Miami di Liga Utama Amerika Syarikat.

Laporan yang sama menyebut bahawa kem Lionel Messi sedang bersedia untuk hadir ke majlis beprestij itu pada 30 Oktober 2023 ini di Paris.

Messi sudah memiliki 7 Ballon d’Or bersamanya pada masa ini. Sedia menambah koleksi kelapan untuk meneruskan dominasinya dalam anugerah tersebut.

Dengan pesaing terdekat beliau Cristiano Ronaldo ketika ini dengan 5 Ballon d’Or. Dengan Ronaldo sudah pasti tidak akan memenangi anugerah kali ini kerana namanya tiada dalam senarai 30 akhir.

Musim sebelum ini Messi tidak tersenarai dalam 30 senarai akhir untuk Ballon d’Or 2022 yang lalu. Selepas permulaan kariernya yang hambar di PSG.

Namun selepas itu musim 2022/23 dia bangkit dan memperbaiki prestasinya sekali lagi. Dia cemerlang bersama dengan PSG dan kemudian meneruskan kecemerlangan itu bersama Argentina.

Messi akhirnya berjaya membantu negaranya menjuarai Piala Dunia 2022. Dan meletakkan mereka di ranking no.1 dunia sekali lagi.

Messi masih aktif bersama skuad kebangsaan. Sedang dalam misi Kelayakan Piala Dunia 2026 dan akan mengetuai pasukan negaranya dalam misi mempertahankan Copa America yang akan datang.