Calon-calon untuk Ballon d’Or 2023 sudah pun diumumkan petang Rabu oleh majalah France Football dan tiada nama Ronaldo di dalamnya.
Baca Juga:
- Louis Van Gaal: “Piala Dunia 2022 Sudah Diatur Agar Messi Juara”
- Al Ittihad Tawarkan Mohamed Salah Gaji Lebih Besar Daripada Ronaldo
- Ronaldo Sah Beraksi Di AFC Champions League 2023/24
Seramai enam puluh pemain telah berada dalam senarai akhir, 30 untuk anugerah lelaki dan 30 untuk anugerah wanita.
Antara pemain lelaki yang dicalonkan ialah Erling Haaland, Mohamed Salah, Jude Bellingham dan Kylian Mbappé.
Messi yang sudah ada 7 Ballon d’Or dalam kariernya, kembali semula ke dalam senarai 30 akhir selepas diketepikan dalam edisi sebelum ini.
Kecemerlangan Messi membantu Argentina memenangi Piala Dunia 2022 menjadikan dia sebagai salah seorang calon pilihan.
Harry Kane juga telah menerima pencalona, bersama dengan duo Arsenal Martin Odegaard dan Bukayo Saka.
Walau bagaimanapun, terdapat satu nama yang selalunya berada dalam senarai akhir iaitu Cristiano Ronaldo – kali ini tiada nama beliau berada di dalam senarai itu.
Dan ini adalah pertama kali dalam tempoh 20 tahun pemenang anugerah itu selama 5 kali, Ronaldo tidak berada dalam senarai pendek 30 calon akhir Ballon d’Or.
Cristiano Ronaldo hasn’t been included in the 30-man Ballon d’Or shortlist for the first time in 20 years 🤯 pic.twitter.com/nXtS1FKOlX
— ESPN FC (@ESPNFC) September 6, 2023
Berikut adalah senarai akhir 30 pemain yang akan merebut gelaran Ballon d’Or 2023.
HERE ARE ALL THE BALLON D'OR NOMINEES! 🌕✨#ballondor pic.twitter.com/hg1ZByzhDV
— Ballon d'Or (@ballondor) September 6, 2023
Ronaldo kini bersama dengan Al Nassr. Membantu kelab itu menjuarai Piala Juara Juara Arab beberapa bulan lalu.
Namun pada musim lalu adalah malapetaka buat karier Ronaldo di peringkat kelab. Dia disisihkan oleh Man United dan kemudian membuat wawancara kontroversi dengan Piers Morgan.
Selepas dia mengkritik kelab dan Erik Ten Hag, kelab Man United memutuskan untuk menamatkan kontraknya.
Usaha Ronaldo untuk memenangi Piala Dunia 2022 di Qatar bersama Portugal juga gagal. Mujur dia masih berada dalam perancangan pengurus baharu Roberto Martinez yang yakin pemain itu akan terus bermain dalam Piala Dunia 2026 akan datang.