Ketua jurulatih Perak, Datuk Lim Teong Kim berharap para penyokong skuad The Bos Gaurus terus bersabar menanti pasukannya meraih kejayaan kerana ia mengambil masa yang lama untuk mendapatkan hasilnya.
Baca Juga:
- Aksi Arif Aiman Bertengkar Dengan Lim Teong Kim Curi Perhatian
- Pengerusi Perak FC Mohon Maaf Isu Tindakan Lim Teong Kim
- Lim Teong Kim Berang Dengan Persembahan Pemain Perak
Beliau turut memberi perumpamaan kepada penyokong bahawa jika baharu berkahwin sudah pastinya mengambil masa untuk mendapatkan anak.
“Memang kita nak menang bukan tak nak, saya minta penyokong untuk bersabar kerana mereka ini pemain muda, kalau anda kahwin mesti ambil masa untuk ada anak. Semuanya perlukan masa.
“Pemain perlukan masa, jika saya tak berikan mereka masa untuk bermain dengan pemikiran terbuka di mana mereka boleh buat kesilapan, jadi perkembangan mereka tak akan jadi, bola sepak semuanya tentang kesilapan,” kata Teong Kim di sidang media selepas aksi Liga Super menentang KL City.
📹 HIGHLIGHTS: @KLCityFootball 1-0 @PerakFCofficial
Jaringan Sebastian Avanzini pada minit 45+3' memberikan tiga mata penuh kepada skuad Warga Kota.
👉 https://t.co/57WM9WwIrd#LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/lHD0rTrNfL
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 10, 2023
Perak setakat ini hanya raih satu kemenangan selepas mengharungi 8 perlawanan dan kini berada di kedudukan 11 Liga Super dengan 5 mata.
Teong Kim juga menjelaskan prestasi anak buahnya masih bagus kerana mempunyai mentaliti untuk mendapatkan kemenangan dalam setiap perlawanan.
“Mentaliti kemenangan bukanlah tentang kemenangan, para pemain saya semua sudah tunjukkan mentaliti kemenangan walaupun gagal dapatkan kemenangan.
“Mereka tidak menyerah dan sentiasa bangkit pada perlawanan seterusnya dengan persembahan yang lebih baik, itulah mentaliti kemenangan, untuk mereka ini adalah bagus,” tambah.
Selain itu, Teong Kim turut meminta maaf kepada wartawan yang tersinggung dengan kata-katanya ketika temubualnya selepas perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) baru-baru ini.
Tindakan beliau itu turut dikecam hebat boleh para peminat bola sepak tempatan yang berpendapat bekas jurulatih Bayern Munich itu sepatutnya bersikap profesional terhadap para media.
“Wartawan tanya, saya tak dengar. Semasa itu stadium sangat riau. Saya tidak ada niat lain kepada media. Tetapi jika saya membuat kesilapan saya mintak maaf,” jelas Teong Kim.