Badan pengendali Liga Pro UAE dalam satu kenyataan menjelaskan mereka kini di peringkat akhir untuk mendapatkan kelulusan kerajaan bagi meneruskan saingan liga domestik selepas ditangguhkan sejak bulan Mac lalu.
Berdasarkan situasi semasa wabak pandemik di negara itu, mereka memilih bulan Ogos untuk menyambung semula baki perlawanan liga.
“Liga Pro UAE sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa untuk mengetahui perkembangan terbaru mengenai pandemik COVID-19 dan kerja keras yang dilakukan untuk melindungi semua anggota masyarakat.
“Setelah menganalisis situasi semasa dengan pihak berwajib, Liga Pro UAE telah merancang untuk menyambung semula semua pertandingan pada bulan Ogos 2020,” kata kenyataan itu.
Media statement from the UAE Pro League and the UAE Football Association on resuming competitions in August 2020.
@AGLeague_EN pic.twitter.com/VuuCkVUtOG— Baniyas Club EN (@Baniyasclub_en) April 29, 2020
Liga Pro UAE dihentikan selepas mengharungi 19 perlawanan dengan berbaki 7 lagi perlawanan untuk ditamatkan. Setakat ini, Shabab Al Ahli menghuni kedudukan teratas dengan 43 mata manakala juara 13 kali, Al Ain berada di kedudukan kedua dengan 37 mata.
“Perancangan awal ini akan dinilaikan dengan kerjasama pihak berkuasa, Persatuan Bola Sepak UAE dan Konfederasi Bola Sepak Asia.
“Liga Pro UAE akan menentukan perubahan peraturan dan mekanisme pengambilan keputusan pertandingan dalam masa terdekat. Pengumuman itu nanti akan memberi tempoh masa yang sesuai kepada kelab untuk membuat persiapan rapi,” tambah kenyataan tersebut.
Saingan domestik UAE mempunyai 4 pertandingan dalam satu musim dan perlawanan Piala Presiden UAE sepatutnya berlangsung pada bulan April.
Namun, pihak penganjur mungkin membatalkan dua pertandingan dan hanya akan menumpukan kepada saingan liga serta Piala Teluk Arab.
Lihat artikel menarik mengenai perkembangan terkini bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Liga Turkmenistan Kembali Bersambung Minggu Ini Dengan Kehadiran Penonton