Ketika saingan domestik dari seluruh dunia terjejas kerana penyebaran wabak COVID-19, Liga Turkmenistan bakal menjadi liga kedua di dunia yang kembali bersambung dengan kehadiran penonton pada minggu ini menurut laporan daripada Channel News Asia.
Sebelum ini, Liga Belarus menjadi satu-satunya liga di dunia yang masih berlangsung tanpa sebarang penangguhan walaupun kesihatan pemain dan pegawai pasukan berdepan risiko dijangkiti wabak pandemik tersebut.
Burundi antara negara di Afrika yang membenarkan saingan liga mereka diteruskan namun ia dihentikan pada hari isnin lalu kerana peningkatan kes COVID-19 yang semakin tinggi.
Federasi Bola Sepak Turkmenistan (FFT) menanggguhkan liga domestik mereka pada 24 Mac lepas tanpa sebarang alasan rasmi. Namun setakat ini, kerajaan negara itu tidak melaporkan sebarang kes baharu COVID-19 sekaligus memberi keyakinan kepada FFT untuk meneruskan saingan liga dengan kehadiran penonton.
#Turkmenistan rebooted its domestic football season Sunday, with fans returning to stadiums in one of the few countries yet to declare a case of #coronavirus. Around 300 attended a clash between last season's champ Altyn Asyr & league leader Kopetdag in the capital Ashgabat. @AFP pic.twitter.com/8GAmtMSNzg
— Daily Tribune (@tribunephl) April 19, 2020
Perlawanan diantara juara liga divisyen 1 Turkmenistan 6 kali, Asgabat bertemu musuh tradisi, Kopetdag akan berlangsung pada hari ahad ini. Manakala baki tiga perlawanan akan berlangsung pada hari isnin.
Kopetdag kini menghuni kedudukan teratas dengan 8 mata selepas mengharungi 4 perlawanan.
FFT turut mengesahkan saingan Piala Belia yang membabitkan pemain yang berusia bawah 22 tahun akan bersambung pada hari Sabtu ini.
Lihat artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Pemain Skuad Kebangsaan China Dipecat Dari Guangzhou Evergrande Kerana Guna Nombor Plat Palsu