Liga Tajikistan sebelum ini merupakan satu-satunya liga dari Asia yang masih berlangsung ketika seluruh dunia berdepan peningkatan kes wabak pandemik COVID-19. Ia juga merupakan liga kedua di dunia yang berlangsung selain Liga Belarus.
Perlawanan pembukaan musim 2020 diadakan pada 4 April lalu melibatkan pasukan Istiklol FC menentang Khujand secara tertutup tanpa kehadiran penyokong daripada kedua-dua pasukan.
Bagaimanapun, selepas 4 perlawanan liga, Federasi Bola Sepak Tajikistan mengumumkan penangguhan saingan domestik sehingga 10 Mei selepas kerajaan negara itu mengeluarkan arahan pembatalan acara besar bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.
Coronavirus: Tajikistan Football League Suspended Until At Least May 10 | Football News https://t.co/jhLCBr6I0Z pic.twitter.com/XvME3L5oYN
— ktnewslive (@ktnewslive) April 27, 2020
Namun, perlawanan yang dijadualkan pada hari ahad ini akan diteruskan seperti biasa tanpa penonton.
Tajikistan yang bersempadan dengan China setakat ini tidak mempunyai kes COVID-19. Mereka kini berdepan dengan kes pneumonia dan penyakit selesema babi sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk di negara itu.
Sabtu lepas, kerajaan Dushanbe mengambil keputusan untuk menutup semua sekolah selama dua minggu dan melarang eksport biji-bijian dan memastikan bekalan domestik mencukupi.
Baca artikel lain untuk mengetahui perkembangan liga sekitar Asia yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.
RASMI: Thai League Ditunda Sehingga Bulan September 2020 Dan Liga Dijangka Tamat Pada Bulan Mei 2021
Liga Turkmenistan Kembali Bersambung Minggu Ini Dengan Kehadiran Penonton