Semalam pihak FA Thailand, Thai League dan wakil kelab dalam saingan Thai League 1 dan 2 telah mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan berkenaan perjalanan liga untuk musim 2020 ini yang terhenti akibat penularan wabak COVID-19.

Hasil dari perbincangan tersebut, semua pihak telah mencapai persetujuan untuk menangguhkan saingan Thai League 1 dan 2 sehingga bulan September 2020 dan perlawanan liga akan diteruskan sehingga dijangka tamat bulan Mei 2021.

Perlawanan yang kini terhenti pada Matchday 4, bakal disambung semula pada bulan September nanti dengan perlawanan ke-5.

Berkenaan dengan kehadiran penyokong ke stadium pula, pihak FA Thai melalui presidennya memberitahu masih belum membuat keputusan untuk beraksi dengan stadium kosong atau sebaliknya kerana mereka mahu melihat situasi berkaitan wabak itu dahulu.

92078768_2482860395312420_8927562550959144960_o

Selain itu, mereka juga akan membincangkan isu berkenaan permulaan saingan Thai League musim 2021 yang dijangka akan bermula pada bulan September 2021 serta cara untuk mengelak perlawanan pada musim tengkujuh disamping keselesaan penonton untuk hadir ke stadium.

Dalam perbincangan itu juga, presiden FA Thai turut menjelaskan bahawa bayaran hak penyiaran untuk separuh musim pertama yang sepatutnya akan dibayar pada 1 Julai 2020 ini masih lagi tidak dapat diberi sebarang kepastian kerana banyak perlawanan tertangguh dan mereka akan berbincang dengan TRUE Vision bagi menyelesaikan isu tersebut.

90624940_1332881737100377_3362446126996258816_o

Disebabkan saingan liga akan bermula pada September 2020 sehingga Mei 2021, Thailand masih memikirkan skuad mana yang akan dihantar menyertai kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 kerana keutamaan mereka sekarang adalah kepada saingan liga dan juga isu COVID-19.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda

Media Thailand ‘Berpakat’ Beri Petua Bagaimana Vietnam Boleh Tewaskan Malaysia Dalam Kelayakan Piala Dunia 2022

Presiden FAT Dedahkan Kenapa Akira Nishino Tidak Mahu Guna Pembantu Jurulatih Warga Jepun

Gara-gara Hutang Judi Bola, Pemain Thai League Ini Dilaporkan Hilang Dan Gagal Dikesan, Mungkin Diugut Bunuh.