Presiden FA Thailand semalam dilaporkan telah menghantar satu surat kepada Perdana Menteri Thailand untuk memohon kelonggaran kepada prosedur yang akan dilaksanakan di stadium mulai September nanti.
Beberapa prosedur penguatkuasaan untuk mencegah penularan virus perlu dilakukan lebih awal untuk memastikan venue bola sepak bersedia sepenuhnya menerima kehadiran semua pihak yang berkaitan apabila saingan liga bersambung semula.
Menurut laporan dari portal sukan SMMSport, pihak FA Thailand melalui satu kajian yang dilakukan mendapati kerugian besar mencecah THB5 bilion atau sekitar RM680 juta sekiranya saingan liga diberhentikan.
Angka ini dikatakan merangkumi semua perkara diperingkat kelab dan juga liga. Walaupun begitu, sudah ada beberapa pasukan dalam saingan divisyen lebih rendah sudah mula terkesan dengan masalah ini dan terpaksa bungkus lebih awal.
Kelulusan yang sudah diterima itu sedikit sebanyak bakal memudahkan pihak penganjur liga – Thai League, untuk melakukan persiapan awal mengenai pelbagai perkara yang perlu dilaksanakan apabila saingan liga bermula kembali mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Saingan bola sepak Thailand akan menyambung kembali aksi pada bulan September sehingga pertengahan tahun 2021 seperti kalendar bola sepak di eropah, dan para pemain akan memulakan latihan lebih awal untuk mempersiapkan pasukan menjelang aksi yang sudah lama tertangguh.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Media Indonesia Laungkan Hanya Vietnam Mampu Halang Mereka Muncul Juara AFF Suzuki Cup 2020.
VFF Ikat Pengarah Teknikal Baru Dari Jepun, Gaji RM87,000 Sebulan Dengan Kontrak 5 Tahun