Situasi dimana banyak negara sudah mula menggunakan kaedah naturalisasi untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan atau kelab kini bukan lagi satu perkara yang pelik lagi dari sudut bola sepak khususnya.
Pelbagai cara dan usaha dilakukan untuk mengesan pemain-pemain berstatus sebegini yang berpotensi untuk dijadikan sebagai anggota baru dalam pasukan masing-masing.
Namun, ada sebahagian kecil yang mempersoalkan pelbagai perkara berkenaan pemain naturalisasi ini sebenarnya berkaitan beberapa perkara – dalam kes ini kami hanya mahu memetik kemampuan bertutur dalam bahasa kebangsaan, sebagai topik utama.
Adakah anda bersetuju pemain naturalisasi mampu bertutur dalam bahasa kebangsaan atau tidak?
Dalam beberapa situasi, ada pemain-pemain seperti ini mampu menyanyikan lagi kebangsaan dengan lancar, tetapi tidak dapat dipastikan samada mereka mampu untuk bertutur dengan baik.
Perkara ini mungkin akan mengundang beberapa pendapat yang sebahagiannya tidak kisah dan ada juga yang mempertikaikan mengenai isu seperti ini. Ada negara yang meletakkan syarat kemampuan bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan merupakan syarat utama termasuk bukti sijil ujian kefasihan bahasa ketika permohonan dibuat.
Mengambil Malaysia sebagai contoh, rata-rata walaupun rakyat Malaysia mempunyai kefahaman yang baik dalam bahasa Inggeris, mungkin ada yang tidak kisah selagi mana komunikasi itu berjalan dengan lancar.
Tetapi, ada juga pihak yang mahu roh bahasa kebangsaan itu perlu hidup segar dalam setiap diri warga Malaysia tidak kira apa pun bangsa, kaum, agama serta orientasi seksual selagi mana mereka memegang status sebagai warga negara Malaysia, adalah menjadi satu kewajipan untuk mampu faham dan bertutur dalam bahasa kebangsaan.
Negara jiran, Indonesia boleh dikatakan pemain naturalisasi mereka fasih bertutur bahasa kebangsaan dan ada juga yang melihat ia sebagai satu plus point dalam isu seperti ini.
Anda dipihak yang mana? Disini kita tidak mempersoalkan keupayaan, kemahiran atau prestasi seseorang pemain itu tetapi lebih untuk melihat apakah reaksi dan logik penyokong bola sepak Malaysia kepada isu seperti ini.
Sekali lagi, adakah anda bersetuju pemain naturalisasi mampu bertutur dalam bahasa kebangsaan atau tidak kisah pun? Lontarkan pendapat anda dalam ruangan komen untuk kita
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Media Indonesia Laungkan Hanya Vietnam Mampu Halang Mereka Muncul Juara AFF Suzuki Cup 2020.