Kempen Liga M3 2022 yang membuka tirainya pada 12 Februari lalu menyaksikan dua wakil dari Perak, Manjung City FC dan BRM FC mencuri tumpuan apabila mendahului kedudukan liga bagi kumpulan masing-masing.
Selain mencatatkan dua kemenangan berturut-turut, kedua-dua pasukan kelihatan cukup bernafsu dalam merobek gawang pasukan lawan dengan Manjung City FC telah menjaringkan tujuh gol manakala BRM FC yang berpengkalan di Kuala Kangsar itu meledakkan lapan jaringan.
Manjung City FC yang dibimbing Rafae Isa menundukkan Imigresen FC 3-1 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung manakala pada aksi kedua pula mereka tidak berdepan masalah untuk membelasah FC Langkawi dengan keputusan 4-0.
Sementara itu, BRM FC bermula dengan baik apabila menewaskan Respect FC 2-0 di Ipoh dan kemudiannya berkenduri jaringan hasil kemenangan 6-1 ke atas Kijang Rangers untuk meletakkan kelab tersebut di tangga teratas kumpulan B.
Satu lagi pasukan yang mencatatkan rekod kemenangan bersih selepas mengharungi dua perlawanan ialah PIB FC dan mereka hanya kekurangan defisit jaringan untuk berada di tangga kedua, di belakang BRM FC.
Sebuah lagi pasukan dalam kumpulan B, KL Rovers turut berpeluang untuk mencatatkan dua kemenangan berturut-turut tetapi perlawanan bertemu Tok Janggut Warriors FC pada minggu kedua tempoh hari terpaksa ditunda atas isu teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Selepas berakhirnya minggu kedua [18 perlawanan], sebanyak 52 gol telah terhasil dan keputusan 6-1 memihak BRM FC ke atas Kijang Rangers menjadi kemenangan terbesar yang diraih setakat ini.
Berikut adalah kedudukan semasa Liga M3 2022 selepas dua perlawanan:
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia:
Christian Eriksen Sumbang Dua Bantuan Jaringan Ketika Hadapi Rangers
Gary Steven Robbat Meriahkan “Reunion” Harimau Muda, Dengan Sertai Sabah