Terengganu dikhabarkan berjaya mendapatkan seorang lagi pemain import sebelum jendela perpindahan pertama saingan Liga Malaysia musim 2022 ditutup apabila bekas pemain, Petrus Shitembi kembali menyertai pasukan.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana Petrus sebelum ini beraksi bersama Terengganu namun hanya sempat untuk beraksi dalam beberapa perlawanan dalam saingan liga kerana mengalami kecederaan Anterior cruciate ligament (ACL).
It is learnt that the 'Dancing Shoes' has penned a deal to return to Terengganu on Deadline day. Wondering who is that? Namibian international Petrus Shitembi. The club could announce the deal soon. #MFLTransfer2022
— T. Avineshwaran (@avineshW90) February 23, 2022
Petrus Shitembi mengalami kecederaan ACL pada bulan Mac dan beliau terus menjalani pembedahan lutu sekaligus terlepas keseluruhan aksi musim 2021. Pada jendela perpindahan kedua musim lalu, pihak pengurusan pasukan membawa masuk Habib Haroon bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain berusia 29 tahun itu.
Meskipun dibawa masuk pada jendela perpindahan keduam, Habib menampilkan prestasi cemerlang dimana beliau mencipta gandingan yang baik bersama Dechi Marcel N’Guessan dan Makan Konate di bahagian tengah.
Bagi saingan musim 2022, Dechi Marcel berhijrah ke Kedah Darul Aman manakala Makan Konate kembali ke Liga Indonesia dengan menyertai Persija Jakarta sekaligus meninggalkan Habib keseorangan di posisi tengah.
Dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini, ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain menggandingkan Habib dengan pemain tempatan seperti Zuasyraf Zulkiefle dan pemain import yang baru dibawa masuk iaitu Manuel Ott.
Habib dan Ott berkemungkinan besar bakal mengisi bahagian tengah dan tempat mereka bakal dicabar oleh pemain seperti Petrus, Zuasyraf dan beberapa pemain lain seperti Azalinullah dan Shahrien Sapien.
Untuk menghadapi saingan musim 2022, Terengganu dibarisi oleh tujuh pemain import antaranya Kpah Sherman, Kipre Tchetche, Pape Diakite, Manuel Ott, Habib Haroon, Luke Woodland, Jordan Mintah, Argzim Redžović.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
Gary Steven Robbat Meriahkan “Reunion” Harimau Muda, Dengan Sertai Sabah
Menteri Mahu FAM Kaji Punca Skuad Malaysia B-23 Jadi ‘Lauk’ Laos
Lim Teong Kim Salahkan FAM Dan MFL Di Atas Kegagalan Skuad B-23 Tahun Negara