Impian menjadi kenyataan buat legenda hidup futsal Thailand, Kritsada Wongkaeo apabila beliau akan beraksi dalam kancah bola sepak profesional untuk mewakili kelab Thai League 2, Nakhonpathom United.
Baca Juga:
- Sukan SEA 2021: Tundukkan Vietnam, Futsal Thailand Raih Pingat Emas
- Ingin Setaraf Dengan Futsal Thailand, Ini Perkara Perlu Malaysia Contohi
- Skuad Thailand Semakin Bernafsu Hadapi Kejuaraan Futsal AFF 2022
Ketika pelbagai kejuaraan dalam futsal telah dimenanginya di peringkat kelab dan negara termasuklah beraksi dalam tiga edisi Piala Dunia berturut-turut, Kritsada sebenarnya menyimpan angan-angan kecil untuk bermain bola sepak secara kompetitif.
Menurut pengumuman di laman Facebook rasmi Nakhon Pathom United, ketua pasukan skuad futsal Thailand itu dipinjamkan selama tiga bulan daripada Bluewave Chonburi.
Ini bermakna Kritsada mempunyai 17 perlawanan lagi untuk membuktikan kemampuannya serta membantu kelab tersebut naik ke saingan Thai League 1.
Nakhonpathom United berada di landasan tepat untuk dinaikkan pangkat ke liga utama apabila kini sedang menduduki tangga ketiga, hanya ketinggalan lima mata di belakang Nakhon Si United dan Suphanburi.
Selepas mengharungi 17 perlawanan, Nakhonpathom United mencatatkan lapan kemenangan, enam keputusan seri dan tiga kekalahan untuk mengumpul 30 mata.
Dengan kemampuan berkelas dunia dimiliki Kritsada, tidak mustahil beliau mampu untuk menterjemahkan kualiti terbaiknya di atas padang bola sepak.
Hal ini kerana seperti diketahui kemahiran asas dalam futsal sangat penting bagi meningkatkan lagi kemampuan para pemain bola sepak dimana bintang-bintang berkelas dunia turut pernah mengakuinya.
Selepas tamatnya saingan liga, Kritsada Wongkaeo akan kembali bersama Bluewave Chonburi untuk memberikan tumpuan dalam futsal kerana pasukan tersebut pada ketika ini dalam fasa sukar berikutan falsafah baharu dengan proses transformasi bagi memberikan lebih peluang kepada pemain muda.