Legenda bola sepak Eropah dari Belanda, Clarence Seedorf mengumumkan bahawa beliau sudah memeluk agama Islam.
Bekas pemain bola sepak berusia 45 tahun itu mengumumkan perkara itu menerusi Instagram rasmi miliknya.
Dalam statusnya di IG, Seedorf berkata: “Terima kasih yang istimewa kepada semua mesej yang baik baik dalam meraikan saya menyertai keluarga Muslim.”
“Saya sangat gembira dan berbesar hati untuk menyertai semua saudara dan saudari [Muslim] di seluruh dunia, terutama sekali, Sophia saya yang cantik, yang mengajar saya lebih mendalam makna Islam.”
“Saya tidak akan mengubah nama saya dan terus menggunakan nama yang diberikan ibu bapa saya ketika saya dilahirkan, Clarence Seedorf!”
“Saya menyampaikan semua rasa sayang saya kepada semua orang di seluruh dunia.”
Sepanjang kariernya sebagai pemain, Seedorf sempat beraksi bersama dengan kelab kelab ternama seperti Ajax, Real Madrid, Inter Milan dan AC Milan.
Seedorf memiliki karier yang sangat luar biasa. Bekas pemain antarabangsa Belanda itu menjuarai UCL bersama dengan 3 kelab berbeza iaitu Ajax pada 1995, Real Madrid pada 1998 dan juga AC Milan pada 2003 dan 2007.
Seedorf adalah anggota penting dalam skuad generasi emas Milan di bawah Ancelotti.
Selain daripada kejuaraan UCL, beliau turut membantu Milan memenagi 2 kejuaraan Scudetto.
Beliau merupakan pemain yang dikenali dengan gaya permainan lasak dan lincah di tengah padang. Dianggap sebagai salah seorang pemain tengah terbaik pada generasinya.