Clarence Seedorf menuduh Barcelona suka mempengaruhi pengadil. Seedorf dan Diego Milito, kedua-duanya mempunyai banyak pengalaman dalam bola sepak Sepanyol dan menegaskan aduan Barcelona mengenai pengadil menentang Inter ‘adalah sebahagian daripada budaya mereka’.

Baca Juga:

Seedorf mengingatkan bahawa Barcelona suka mengadu akan membantah secara sistematik untuk memberi tekanan kepada pengadil.

Terdapat kontroversi sekitar kemenangan 1-0 di San Siro yang dimantapkan oleh Hakan Calhanoglu sebelum ini. Di mana Barca gagal dalam rayuan penalti mereka.

Seedorf mendengar laporan bahawa Blaugrana menghabiskan masa pada minggu lepas membantah insiden itu di media dan mengancam untuk membuat rayuan rasmi kepada UEFA.

Barcelona suka mempengaruhi pengadil

“Ia adalah sebahagian daripada budaya mereka, jadi saya tidak terkejut sangat,” kata bekas pemain tengah Real Madrid, Inter dan Milan itu kepada Amazon Prime Italia.

“Mereka sentiasa melakukannya dan Xavi khususnya mempunyai tabiat itu walaupun semasa bergelar pemain. Mereka sentiasa berkerumun di sekeliling pengadil dan mengadu tentang apa sahaja, jadi ia memberi tekanan kepada pegawai perlawanan.”

Tabiat Xavi itu dibawanya sehingga ke hari ini kata Clarence Seedorf lagi. Namun malangnya, zaman sekarang tidak seperti zaman sebelum ini. Di mana bola sepak sudah ada teknologi seperti VAR.

Barcelona suka mempengaruhi pengadil

Tindakan Barcelona cuba mempengaruhi pengadil adalah perkara yang tidak relevan lagi.

“Tapi sekarang adalah era bola sepak sudah ada VAR, perkara seperti itu tidak lagi relevan,” tambah beliau.

Milito, yang memenangi Treble bersama Inter dan bermain di Sepanyol untuk Real Zaragoza, bersetuju dengan penilaian Seedorf.

“Memang benar, Barcelona membantah secara sistematik di dalam dan luar padang. Saya masih ingat pemain pertahanan mereka yang pernah sanggup pecut 40 meter ke hujung padang untuk membuat protes di hadapan pengadil.”

Barcelona terikat 3-3 dalam aksi kedua mereka menentang Inter Milan pada aksi UCL musim ini. Mujur tandukan lewat perlawanan Robert Lewandowski menyelamatkan mereka daripada tersingkir awal.

Walaubagaimanapun, Barcelona masih berada di ambang penyingkiran ke UEL untuk tahun kedua berturut turut, jika Inter menang dalam aksi berikutnya menentang Viktoria Plzen.