Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menerusi laporan dalam Bernama mengesahkan lebih 30 pemain tempatan akan dipanggil menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya bermula pada 23 Mac hingga 31 Mac.

Antara barisan pemain baharu yang mungkin akan dipanggil menyertai sesi latihan pasukan kali ini ialah dua pemain naturalisasi (Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi) serta beberapa pemain yang berpengkalan di luar negara seperti Junior Eldstal (Chonburi FC), Nick Swirad (Nongbua Pitchaya) dan Luqman Hakim (KV Kortrijk).

“Panggilan kali ini pasti lebih menarik kerana dapat menyaksikan beberapa muka baharu yang telah mencipta nama dikumpulkan bersama-sama barisan pemain terdahulu untuk Cheng Hoe mencorakkan formasi dan taktikal terbaik buat pasukan,” kata Stuart Ramalingam.

Sudah lebih setahun pasukan kendalian Tan Cheng Hoe itu tidak dikumpulkan untuk menjalani latihan berpasukan sejak November 2019 namun mereka kini berdepan satu lagi masalah mengaturkan perlawanan persahabatan.

Menurut Stuart, pihaknya sedang menimbangkan cadangan untuk mengadakan aksi persahabatan menentang pasuukan Liga Super sebagai pemanas badan sebelum menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 pada Jun ini.

“Pada masa ini tiada apa-apa perlawanan persahabatan yang boleh dimuktamadkan tetapi perbincangan itu ada. Ini disebabkan perubahan jadual perlawanan semua negara Asia dan juga isu-isu melibatkan imigresen.

“Prosedur operasi standard (SOP) imigresen terutama proses kuarantin mungkin akan menyekat mana-mana pasukan untuk datang ke Malaysia atau pasukan kebangsaan keluar dari negara,” jelasnya.

FAM
Sumber Gambar: FAM

Dalam carta kumpulan G, Malaysia ketika ini menduduki tangga kedua dibelakang Vietnam dengan kutipan 9 mata, dua mata dibezakan dengan skuad bimbingan Park Hang-seo itu.

Sekiranya meraih kemenangan pada baki tiga perlawanan menentang Vietnam, UAE dan Thailand, maka pasukan negara akan layak ke pusingan ketiga dan secara automatik layak ke temasya Piala Asia 2023.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Harimau Malaya melalui pautan dibawah.

Guilherme De Paula Sedia Sarung Jersi Harimau Malaya Jika Dipanggil

Skuad Harimau Malaya Tunda Kem Latihan Pusat

Pemain Harimau Malaya Bakal Diberikan Suntikan Vaksin COVID-19 Sebelum Ke Luar Negara

Endrick Dos Santos Sedia Sarung Jersi Harimau Malaya