Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila dua pemain import Perak iaitu Leandro Dos Santos dan Careca dilaporkan telah meninggalkan pasukan.
Menurut perkongsian wartawan The Star, T.Avineshwaran, Leandro dan Careca telah membatalkan kontrak mereka kerana faktor masalah tunggakan gaji yang dihadapi oleh pasukan sejak awal musim ini.
Careca came as a youngster and impressed everyone with his creativity. This season, he scored four for a side mired with off-field problems. Some criticisms were hard on him, but he ignored them and kept playing. Both of them will be missed. #MFLTransfer2021 #MSL2021
— T. Avineshwaran (@avineshW90) July 26, 2021
Kelibat Leandro dan Careca tidak dilihat dalam sesi latihan pasukan dan juga ketika Perak menghadapi Terengganu dalam saingan Liga Super baru-baru ini yang menyaksikan mereka tewas dengan keputusan 5-0.
Dua pemain kelahiran Brazil ini merupakan salah satu tonggak utama pasukan dimana Leandro Dos Santos menjadi pengemudi di barisan tengah sejak tiga musim kebelakangan ini manakala Careca menjadi penggerak di bahagian serangan.
Leandro dan Careca mengikut jejak langkah beberapa pemain utama yang meninggalkan pasukan pada jendela perpindahan kedua musim ini ekoran krisis yang dialami oleh Perak.
Shahrul Saad dan Guilherme De Paula menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) manakala dua lagi pemain iaitu Nazirul Naim menyertai Sabah manakala Shakir Hamzah pulang ke Singapura dengan menyertai Tanjong Pagar FC.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
MKN Dan KKM Perlu Ubah Cara Pemikiran, Benarkan Penganjuran Perlawanan Antarabangsa
Disahkan Menghidap Kanser Testis, Brendan Gan Selamat Jalani Pembedahan