Sejak kebelakangan ini, pemain muda dari Asia Tenggara berjaya menarik perhatian kelab-kelab besar terutamanya dari rantau Eropah.

Beberapa pemain seperti Luqman Hakim dan Egy Maulana Vikri berjaya mengikat kontrak bersama kelab Eropah dan ramai lagi pemain dilihat mempunyai potensi untuk mengikut jejak langkah dua pemain ini.

Berikut kami senaraikan nilai pasaran semasa lapan pemain B-21 tahun dari Asia Tenggara menurut data Transfermarkt sekiranya ada kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka.

1. Suphanat Mueanta (Buriram United) RM2.2 Juta

Lapan
Suphanat Mueanta bersama skuad kebangsaan Thailand.

Suphanat merupakan salah satu penyerang muda terbaik Thailand ketika ini. Beliau turut memegang rekod sebagai penjaring termuda dalam saingan AFC Champions League (ACL).

2. Ekanit Panya (Chiangrai United) RM1.6 Juta

Lapan
Sumber Gambar: Changsuek

Ekanit tampil cemerlang musim lalu dimana beliau membantu Chiangrai United muncul juara saingan Thai League 1 dengan menumpaskan pasukan gergasi lain seperti Buriram United dan Bangkok United.

3. Kritsada Kaman (Chonburi) RM900 Ribu

Lapan
Sumber Gambar: Indosport.com

Kritsada merupakan bekas ketua pasukan skuad B-18 tahun Thailand, yang menewaskan Malaysia pada perlawanan akhir saingan AFF B-18 Tahun pada 2017 lalu.

4. Asnawi Mangkualam Bahar (PSM Makassar) RM900 Ribu

Lapan
Asnawi Mangkualam. (Foto: Zing.vn).

Asnawi membantu skuad B-22 Indonesia meraih pingat perak Sukan SEA 2019 di Filipina dan memenangi AFF B-22 tahun di Kemboja pada tahun lalu.

5. Saddil Ramdani (Bhayangkara) RM900 Ribu

Lapan
Sumber Gambar: Foxsport Asia

Pemain yang pernah menyarung jersi Pahang ini juga menjadi sebahagian dalam skuad ketika Indonesia meraih pingat perak Sukan SEA 2019.

6. Korrawit Tasa (Muangthong United) RM900 Ribu

Lapan
Sumber Gambar: Football Tribe

Sama seperti Suphanat, Korrawit menjadi salah satu penyerang muda yang sedang meningkat naik dalam bola sepak Thailand.

7. Firza Andika (AFC Tubize) RM872 Ribu

Lapan
Saddil Ramdani bersama Firza Andika. (Foto: PSSI).

Kecemerlangan Firza berjaya menarik minat kelab divisyen dua Liga Belgium, AFC Tubize. Musim ini, Firza beraksi bersama PSM Makassar secara pinjaman.

8. Syahrian Abimanyu (Madura United) RM872 Ribu

Lapan
Syahrian Abimanyu saat memperkuat Timnas Indonesia U-19. (Foto: PSSI).

Pemain yang pernah berlatih bersama Levante ini kini beraksi bersama Madura United dalam saingan Liga 1 Indonesia.

Baca artikel lain mengenai pemain muda Asia Tenggara di sini:

Kedutaan Malaysia Di Belgium Sudah Bersedia Sambut Ketibaan Luqman Hakim

Witan Sulaeman Buat Penampilan Pertama Bersama FK Radnik Surdulica

Supachok Sarachat Dalam Pemerhatian Tiga Kelab Portugal