Permulaan tidak menentu Barcelona diteruskan lagi. Kali ini mereka tewas 2-1 di tangan Cadiz dalam aksi pada Sabtu.

Blaugrana kini sudah gagal menang 4 perlawanan di tempat lawan dalam saingan La Liga.

Mereka juga mencatatkan rekod terburuk sejak Mei 2008. Prestasi hambar dan kesilapan pertahanan oleh Barca memboleh Cadiz mencatatkan kemenangan mengejutkan itu.

Pasukan yang baru naik itu juga pernah menang di Bernabeu sebelum ini.

Hanya lapan minit perlawanan bermula, Alvaro Gimenez meletakkan Cadiz di hadapan.

Namun Barcelona menyamakan kedudukan, menerusi jaringan sendiri oleh Pedro Alcala sebelum rehat.

Cadiz mendapat gol kemenangan menerusi penyerang veteran Alvaro Negredo.

Negredo mengambil kesempata ke atas satu lagi blunder oleh Ter Stegen musim ini selepas kesilapannya ketika aksi Atletico.

https://twitter.com/i/status/1335334231925547018

Negredo menjaringkan gol itu hanya 44 saat selepas dia dimasukkan.

Barca memiliki 81% penguasaan bola. Namun  masih gagal untuk mengelak daripada keciciran mata sekali lagi.

Lionel Messi sudah melakukan segalanya dalam perlawanan ini. Tetap tidak dapat untuk mengubah nasib pasukannya pada kali ini.

Messi melakukan 10 percubaan ke arah gol dengan 5 adalah tepat.

Kini Barcelona berada 12 mata di belakang Atletico Madrid.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Giroud Terus Ledak Gol, Chelsea Kini Di Puncak

EPL: Pemain Gantian Cetus Kebangkitan United, Pogba Jaringkan ‘Screamer’

Pengarah Juventus Dituduh Berkomplot Penipuan Markah Ujian Luis Suarez