Kylian Mbappe yang mengejutkan dunia bola sepak dengan klausa luar biasa dimeterai untuk terus kekal bersama Paris Saint-Germain (PSG) tanpa berselindung mendedahkan impian ke Real Madrid tidak akan pernah padam buatnya.

Seperti dilaporkan sebelum ini, Mbappe telah bersetuju untuk menerima kenaikan gaji yang cukup lumayan mencecah €100 juta dan diberikan peranan hampir sama dengan pemilik kelab tersebut.

Beliau boleh memilih mana-mana pemain atau jurulatih yang dimahukannya untuk berada dalam skuad gergasi bola sepak Perancis tersebut.

Peranan itu kelihatan seperti sudah pun diaktifkan olehnya apabila pengurusan tertinggi PSG dilaporkan telah memecat Pengarah Sukan, Leonardo Araujo dan digantikan dengan calon pilihan Mbappe iaitu Luis Campos.

“Ia tidak akan pernah berakhir [impian untuk beraksi bersama Real Madrid],” ujar Mbappe menurut laporan yang dikeluarkan Goal.

“Saya tidak mahu memikirkan tentang masa depan, saya hanya memikirkan tentang perkara yang berlaku pada ketika ini dan saya telah menandatangani kontrak baharu untuk tiga tahun lagi di Paris Saint-Germain.”

“Saya telah bercakap dengan Presiden Real Madrid [Florentino Perez] kerana saya memiliki rasa hormat yang tinggi terhadapnya dan kelab itu. Saya merasakan sangat penting untuk mengatakan secara peribadi bahawa saya tidak akan kesana.”

“Untuk menjadi pemain yang hebat anda perlu untuk jujur dan semuanya sangat hebat dan bagus kerana kami mempunyai hubungan yang baik,” tambah Kylian Mbappe lagi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Asyik Berpesta Juarai Serie A, Medal Kemenangan Stefano Pioli Dicuri

Erik Ten Hag Laung Amaran, Yakin Dapat Tamatkan Dominasi Klopp-Guardiola

Piala AFF Kini Dikenali Sebagai Piala AFF Mitsubishi Electric

Sumber