Perasaan bercampur baur dirasai oleh pengendali AC Milan, Stefano Pioli selepas skuad kendaliannya berjaya menjulang trofi Serie A 2021/22 berikutan kemenangan 3-0 yang dicatatkan ke atas Sassuolo, awal pagi tadi.
Kejayaan tersebut sekali gus telah menamatkan penantian selama 11 tahun AC Milan untuk kembali menjuarai saingan liga selepas kali terakhir memenanginya pada musim 2009/10.
Sejak bergelar pengurus pasukan utama pada musim 2003/04, Pioli tidak pernah mengecapi sebarang kejayaan dan kejayaan itu sememangnya cukup bermakna dan pastinya kenangan paling manis dalam kariernya.
Malah, Pioli turut dinobatkan sebagai pengurus terbaik tahunan susulan kejayaan hebat dilakarkan bersama AC Milan itu.
Namun, ada cerita lebih menarik tetapi sudah cukup untuk membuatkan Pioli terkilan apabila medal yang diterimanya awal pagi tadi telah dicuri oleh individu tidak dikenali ketika beliau sedang meraikan kejayaan di Mapei Stadium bersama pemain-pemain dan staf kejurulatihan.
“Pingat kemenangan saya telah dicuri. Seseorang telah menanggalkan medal tersebut daripada leher saya,” ujar Pioli menurut laporan dikeluarkan Football Italia.
“Sekiranya saya boleh membuat rayuan [untuk mendapatkan semula medal], saya sangat bersyukur dan berterima kasih kerana itulah satu-satunya yang saya miliki.”
Stefano Pioli bagaimanapun ada sebab untuk kembali mengukir senyuman apabila laman Twitter rasmi Lega Serie A berjanji untuk memberikan medal baharu kepadanya.
Ehi mister #Pioli, la medaglia te la diamo nuovamente domani 😅🥇
— Lega Serie A (@SerieA) May 22, 2022
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.
Tielemans Anggap Leicester Terlalu Kecil Untuk Bakat Sepertinya
Guardiola Minta Tips Dari Real Madrid, Cara Bangkit Daripada Ketinggalan 2 Gol