KV Kortrijk akhirnya meraih kemenangan dalam saingan Jupiler Pro League musim 2020/2021 apabila menewaskan K.A.A Gent dengan keputusan 2-1.

Setelah tewas kepasa Waasland-Beveeen pada perlawanan pembukaan minggu lalu, Kortrijk sedar mereka perlu bangkit bagi meringankan sedikit beban yang ditanggubg pasukan.

Pada perlawanan yang berlangsung di Ghelamco Arena semalam, Kortrijk terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyerang utama mereka iaitu Terem Moffi pada minit ke-22.

Kemenangan
Sumber Gambar: KV Kortrijk

Ihor Plastun kemudiannya menyamakan kedudukan bagi Gent pada minit ke-59 namun ketua pasukan KVK, Hannes Van der Bruggen menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-83 sekaligus memberi tiga mata kepada Kortrijk.

Pada perlawanan Jupiler Pro League yang seterusnya, KV Kortrijk akan berdepan Eupen di laman sendiri.

Baca artikel lain mengenai KV Kortrijk di sini:

Netizen Indonesia Ini ‘Jaki Betul’ Dengan Penghijrahan Luqman Hakim, Bandingkan Dengan Pencapaian Egy Maulana

“Saya Balik Pun Makan Maki Je, Ini Cita-Cita Saya, Jiwa Saya Kena Kental.” – Luqman Hakim

Kenali Terem Moffi, Pesaing Utama Luqman Hakim Untuk Posisi Penyerang Utama Pasukan