Jumaat lepas, Persatuan Bola Sepak Korea Utara (PRKFA) telah menghantar surat rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menarik diri daripada saingan Kelayakan Piala Dunia 2022 yang akan kembali bersambung pada bulan Jun ini.

Jurucakap Persatuan Bola Sepak Korea (KFA), Lee Jae-chul mengesahkan perkembangan itu dan menjelaskan Korea Utara membuat keputusan tersebut kerana bimbang para pemain serta pegawai pasukan dijangkiti wabak COVID-19.

Bagaimanapun, AFC kini sedang berunding dengan Korea Utara untuk menimbangkan semula keputusan tersebut. Mereka sedang berusaha untuk menyakinkan Korea Utara terhadap keselamatan pasukan sebelum membuat pengumuman rasmi.

Penarikan diri Korea Utara juga bakal memberi kesan buruk kepada semua pasukan yang bertanding termasuk Malaysia.

Ini kerana ia akan memberi impak besar dari segi kedudukan pasukan dalam kumpulan dan menjejaskan peluang untuk layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 serta Piala Asia 2023 secara merit.

Jika Korea Utara disahkan tarik diri, keputusan perlawanan menentang pasukan tercorot dalam semua kumpulan tidak akan dikira.

Berdasarkan kedudukan semasa dalam kumpulan G, dua kemenangan Malaysia ke atas Indonesia tidak lagi dikira namun Malaysia masih berpeluang untuk dapat slot automatik ke Piala Asia 2023 dan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 melalui kedudukan tempat kedua terbaik.

wc

Kemenangan 2-1 ke atas Thailand tahun lepas menyelamatkan skuad Harimau Malaya untuk berada dalam kedudukan kelima dalam carta tempat kedua terbaik dibelakang Oman, Kuwait, Tajikistan dan Uzbekistan.

Malaysia tiada pilihan lain dan wajib mengutip tiga mata pada perlawanan menentang UAE, Vietnam dan Thailand untuk merebut slot automatik ke Piala Asia 2023. Ianya tugas yang sukar namun tidak mustahil jika para pemain bersatu hati dan menampilkan prestasi cemerlang dalam setiap perlawanan.

Sama-sama kita doakan urusan skuad Harimau Malaya dipermudahkan dan semoga memperolehi kejayaan yang membanggakan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah. 

Kuwait Dan Bahrain Uji Kekuatan Harimau Malaya Sebelum Kelayakan Piala Dunia 2022

Tiga Pemain Beraksi Di Luar Negara Bakal Perkuatkan Skuad Harimau Malaya

Vaksin Untuk Elakkan Kluster Harimau Malaya

Susuk Badan ‘Sado’ Luqman Hakim Dalam Kem Latihan Kebangsaan Jadi Bualan Hangat Penyokong Harimau Malaya