Suntikan vaksin COVID-19 bagi pemain dan pegawai pasukan negara menjelang baki aksi peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 penting bagi mengelakkan kluster Harimau Malaya.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata pihaknya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku kepada skuad negara yang akan berlepas ke Bahrain pada 19 Mei ini untuk mengharungi dua aksi persahabatan sebelum berangkat ke Dubai.

Vaksin
Sumber Gambar: FAM

“Vaksin ini diambil sebagai perlindungan buat pasukan. Kita tidak mahu apabila kita tiba di sana, hilang separuh daripada pasukan. Kalau kita lihat pada saingan ACL tahun lepas, beberapa pasukan terpaksa tarik diri kerana ada kluster dalam pasukan.

“Vaksin adalah bagi memastikan keselamatan pemain yang akan merantau dan juga apabila kita sampai ke Dubai nanti kita tidak ada kerisauan kluster dalaman.

“Ia adalah pilihan dan sangat penting, kalau tidak kita dalam satu situasi yang ada berisiko tinggi,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebelum ini tidak memberi jaminan buat skuad bola sepak kebangsaan untuk mendapatkan suntikan sebelum berlepas ke Timur Tengah.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Pemain Dan Jurulatih Asing Tidak Dibenarkan Dalam Saingan Liga M3 2021

Teguran Khalid Ali Mengenai Pemakaian Seluar Jeans Lusuh Ada Benarnya

Thomas Dooley Sedia Bantu Sri Pahang Jika Khidmatnya Diperlukan