Skuad kebangsaan Malaysia dibawah bimbingan Tan Cheng Hoe semalam telah memulakan sesi pertama latihan pusat di Padang Seri Gelam, Johor Bahru.
Kem latihan pusat itu telha disertai oleh 28 pemain ini adalah sebagai persiapan menjelang baki tiga perlawanan Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu UAE, Vietnam dan Thailand di UAE pada Jun nanti.
Pastinya penyokong skuad Harimau Malaya sudah tidak sabar untuk menantikan aksi skuad kebangsaan yang kini memiliki peluang terbuka merebut slot automatik ke Piala Asia 2023.
Hari Pertama Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya Di Johor Bahru
Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe telah turun menjalani sesi latihan sulung mereka di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, Johor Bahru, Johor, petang tadi. pic.twitter.com/sTwqO8ekPS
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 22, 2021
Namun, ada perkara yang lebih menarik perhatian ‘ekor Harimau Malaya’ dari gambar-gambar yang dimuat naik oleh FAM, dimana ramai yang kagum dengan susuk badan ‘sado’ penyerang muda negara, Luqman Hakim.
Rata-rata komen netizen di laman sosial jelas teruja dengan perubahan fizikal Luqman Hakim yang kini beraksi dengan KV Kortrijk dalam saingan Liga Belgium, jauh berbeza dengan fizikal sebelum ke eropah.
From this: To this: pic.twitter.com/zMwK8bJtky
— Mag (@magmalaya) March 22, 2021
Mungkin sekadar perbandingan kasar, ini adalah susuk fizikal Luqman Hakim ketika tiba di Belgium sekitar bulan Ogos 2020 yang lalu. Fuh!
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) March 22, 2021
Semoga Luqman terus berusaha untuk mendapatkan tempat dalam kelab serta mencipta nama di eropah seterusnya memberikan prestasi unggul untuk bola sepak Malaysia tidak lama lagi.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.
Netizen Tak Puas Hati Aksi ‘Penerajang’ Adam Reed Hanya Terima Kad Kuning Dari Pengadil