Korea Selatan telah mengumumkan barisan 22 pemain yang akan dibawa bagi menghadapi saingan AFC B-23 tahun yang akan berlangsung di Thailand pada 8 hingga 26 Januari ini.
Ketua jurulatih pasukan, Kim Hak-bum bagaimanapun tidak memanggil pemain berusia 18 tahun yang beraksi bersama Valencia dalam saingan La Liga, Lee Kang-in dalam skuad kali ini. Masih ada satu slot lagi bagi mencukupkan bilangan 23 pemain dan menurut laporan, slot tersebut akan diisi oleh Paik Seung-ho yang beraksi dalam saingan 2.Bundesliga bersama SV Darmstadt.
세계 최초 9회 연속 올림픽 진출 도전, 역사는 시작된다!
2020 AFC U-23 챔피언십 겸 도쿄올림픽 최종예선에 참가하는
🇰🇷 U-23 축구 대표팀 명단을 소개합니다!
⠀⠀⠀
01.09(목) 22:15 🇰🇷v🇨🇳#중국
01.12(일) 19:15 🇰🇷v🇮🇷#이란
01.15(수) 19:15 🇰🇷v🇺🇿#우즈베키스탄 pic.twitter.com/DZzSd45asN— theKFA (@theKFA) December 24, 2019
Korea Selatan yang pernah muncul naib juara pada edisi 2016 diundi dalam kumpulan C dalam saingan edisi kali ini bersama pasukan juara edisi 2018, Uzbekistan, China dan Iran.
Berikut adalah senarai penuh pemain yang dipanggil oleh Hak-bum:
PENJAGA GOL: Song Bum-keun (Jeonbuk Hyundai), Ahn Joon-soo (Kagoshima United), An Chan-gi (Incheon National University)
PERTAHANAN: Kang Yun-seong (Jeju United), Kim Jae-woo (Bucheon), Kim Jin-ya (Incheon United), Kim Tae-hyeon (Daejeon Citizen), Lee Sang-min (V-Varen Nagasaki), Lee You-hyeon (Jeonnam Dragons), Jeong Tae-wook (Daegu FC)
PEMAIN TENGAH: Kim Dong-hyun (Seongnam), Kim Jin-kyu (Busan IPark), Mang Seong-ung (FC Anyang), Lee Dong-gyeong (Ulsan Hyundai), Jung Seung-won (Daegu FC), Won Du-jae (Avispa Fukuoka)
PENYERANG: Kim Dae-won (Daegu FC), Um Won-sang (Gwangju FC), Oh Se-hun (Asan Mugunghwa), Lee Dong-jun (Busan IPark), Jeong Woo-yeong (SC Freiburg), Cho Kyu-seong (FC Anyang)
Baca artikel mengenai bola sepak Korea Selatan di sini:
Pengurus Pasukan Korea Selatan Berkongsi Pengalaman ‘Ngeri’ Sepanjang Berada Di Pyongyang
Pengendali Sint-Truidense Dedahkan Mengapa Beliau Kurang Gemar Dengan Lee Seung-woo