Jurgen Klopp tergelak sinis dan kehairanan dengan cerita bahawa Liverpool mahukan Kylian Mbappe. Ianya ibarat jauh panggang dari api!
Baca Juga:
- Mbappe Bakal Terima €60 Juta Bonus Kesetiaan Jika Dia Lapor Diri Di PSG Pada 1 Ogos
- Real Madrid Tanya Tanda Harga Mbappe, PSG Minta €250 Juta
- Mbappe Tak Mahu Berbincang Langsung Dengan Delegasi Al Hilal
Sebelum ini beberapa laporan menyebut bahawa Liverpol berminat untuk mendapatkan Mbappe secara pinjaman semusim.
Mbappe tidak mahu melanjutkan kontrak atau menerima tawaran daripada Al Hilal. Di mana PSG sudah bersetuju menerima bidaan €300 juta daripada Al Hilal.
PSG kini runsing memikirkan bagaimana situasi Mbappe. Mereka berpotensi untuk kehilangan Mbappe secara percuma. Pemain itu sedang dikaitkan dengan Real Madrid.
Beberapa kelab dilaporkan telah berminat untuk meminjam Mbappe semusim sahaja.
Liverpool antara yang dikaitkan dengan perpindahan Mbappe ke Anfield secara pinjaman.
Berita itu membuatkan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp hanya mampu ketawa mendengar bahawa Mbappe dikaitkan dengan The Reds.
Klopp berkata sambil ketawa: “Berita mengaitkan Mbappe ke Liverpool? Kami ketawa mendengarnya.”
“Saya boleh kata, pada pandangan saya dia pemain yang bagus. Namun situasi kewangan tidak sesuai langsung dengan kelab kami.”
“Itu seperti pertama kali dalam masa 8 tahun seseorang lain dalam kelab ini menyediakan kejutan untuk saya.”
Klopp: “Mbappé and Liverpool links? We laugh about it! I can say that I think he’s a really good player, but the financial conditions don’t suit us at all” 🔴🇫🇷
“That would be 1st time in 8 years that someone else from the club is preparing something and wants to surprise me!”. pic.twitter.com/t4RkebkucP
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 31, 2023
Mbappe kini masih berdiam diri tentang situasinya. Dia ternyata mahu terus kekal di PSG sehingga akhir musim ini dan mengawal destinasi kariernya sendiri ketika bergelar ejen bebas.
Mbappe pernah menyatakan bahawa dia memang tidak pernah merancang untuk kekal di PSG lebih lama daripada 2024.
PSG sebelum ini sudah mengeluarkan arahan kepada Luis Enrique agar membekukan Mbappe sepanjang musim hadapan.
Apa yang pasti pada 1 Ogos, Mbappe berhak untuk menerima bonus kesetiaan di PSG bernilai €60 juta.