Jurgen Klopp nampaknya telah membuat tuntutan dianggap pelik apabila meminta aksi antara Spurs dan Liverpool diadakan semula atau rematch.

Baca Juga:

Ini selepas VAR terang terangan membuat kesilapan yang mempengaruhi keputusan perlawanan dalam perlawanan ini. Gol Luis Diaz dibatalkan oleh pengadil dan VAR tidak dapat mengubah kesilapan pengadil kerana masalah komunikasi antara pengadil dan pegawai VAR.

Liverpool kalah 2-1 di tangan Spurs dengan terpaksa beraksi dengan 9 pemain dalam perlawanan tersebut. Dua gol Spurs menerusi Son Heung Min serta jaringan sendiro Joel Matip. Sementara Liverpool mendapat gol menerusi Cody Gakpo.

Namun insiden VAR tidak memberikan gol Luis Diaz menjadi topik panas.

PGMOL susah mengeluarkan audio perbualan antara pengadil ketika pembatalan gol itu. Mengakui bahawa gol itu sepatutnya sah dan sudah meminta maaf kepada Liverpool.

Klopp menyatakan untuk menamatkan perdebatan tentang kesilapan pengadil dan VAR, satu satunya cara adalah aksi Liverpool dan Spurs diadakan semula atau rematch walaupun ia mustahil untuk berlaku.

“Satu satunya penyelesaian daripada kesilapan ini adalah perlawanan diadakan semula. Namun itu mungkin tak akan berlaku. Perdebatan tentang perkara ini akan berlaku jika kita membuka pintu. Dan semua orang akan memintanya [rematch].”

Bukan sahaja insiden gol Luis Diaz yang membuatkan Klopp bengang dengan pengadil namun satu lagi insiden melibatkan Diogo Jota yang menurutnya silap pemberian kad kuning kedua.

“Diogo Jota mendapat dua kad kuning walaupun dia tak menyentuh langsung pemain lawan,” kata Klopp.