Pengumuman mengenai penyerang skuad bawah 18 tahun Malaysia, Luqman Hakim yang akan ke eropah semalam telah mencetuskan pelbagai reaksi dari peminat bola sepak tempatan yang rata-rata teruja dengan perkembangan itu.

Berdasarkan beberapa artikel yang telah dikeluarkan selepas tamat majlis pengumuman semalam, ada banyak versi yang menyatakan berkenaan garis masa rundingan bersama Luqman Hakim bermula dimana sedikit sebanyak mengelirukan peminat diluar sana.

Tan
Luqman Hakim Shamsudin

VocketFC telah berjaya menghubungi orang yang bertanggungjawab untuk merealisasikan perkara ini bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

Permulaan

Pihak NFDP mula berhubung dengan BERJAYA kira-kira sekitar September 2018 atas tujuan untuk mendapatkan pelaburan ke dalam institusi tersebut dan Tan Sri Vincent Tan pada ketika itu masih tidak berkira-kira untuk membawa pemain NFDP ke luar negara.

Selepas itu, ketika menuju penghujung tahun 2018, pegawai NFDP mula menghantar video kepada pihak BERJAYA untuk dipertimbangkan dengan tujuan bagi mendapatkan sesi percubaan di kelab KV Kortrijk.

68755278_2323428784420539_5847567612380184576_o

Namun, perkara itu tergantung seketika dan hanya bersambung sekitar pertengahan bulan Mei 2019 yang lalu, dimana pihak BERJAYA mula berminat untuk mendapatkan Luqman Hakim.

Perbincangan mengenai perkara ini dibawa untuk perhatian lebih serius bersama Tan Sri Vincent Tan sekitar bulan Ogos 2019 dan sejak dari itu proses rundingan bersama Luqman Hakim bermula.

Dari apa yang diberitahu, Luqman Hakim terkejut dan tidak percaya dengan proposal yang diberikan kepadanya ketika itu dan merasakan seperti ‘benda main-main’ sahaja.

Kata Putus Luqman Hakim

Selepas mengambil masa untuk mempertimbangkan mengenai perkara itu, Luqman Hakim hanya memberikan kata putus kepada proposal tersebut pada minggu lepas.

Selepas mendapat lampu hijau dari Luqman Hakim, perbincangan dilakukan dan Tan Sri Vincent Tan bersetuju untuk diteruskan dan majlis yang diadakan di Hotel Berjaya Times Square semalam adalah acara rasmi simbol kepada persetujuan semua pihak untuk membawa Luqman Hakim ke eropah.

luqman hakim

Selepas ini Luqman Hakim akan menandatangani kontrak yang menyatakan dia bersetuju untuk berlatih bersama Cardiff City selama 3 bulan dan kontrak bersama KV Kortrijk beberapa minggu sebelum hari jadi ke-18.

Segala perbincangan mengenai perkara ini turut melibatkan pihak pengurusan tertinggi kedua-dua buah kelab dan mereka sudah maklum berkenaan status dan proses membawa Luqman Hakim ke eropah nanti.

Artikel lain yang menarik untuk dibaca berkenaan bola sepak Asia seperti dibawah.

KV Kortrijk, Kelab Divisyen Utama Liga Belgium Sambar Luqman Hakim Dengan Kontrak 5 Tahun

Bekas CEO NFDP Kongsi Pandangan Mengenai Penjaga Gol Yang Ideal

Senarai Pemain Skuad B18 Yang Dipanggil Menyertai Latihan Pusat Menjelang Kelayakan AFC B19 2020