Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan syarikat penerbitan 108 Media telah menandatangani perjanjian dengan Discovery, Inc untuk menyiarkan dokumentari khas mengenai kisah perjalanan kelab tersebut bertajuk ‘Fearless: Rise of the Southern Tigers’ di rantau Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong.
Docu-series lima episod ini diarahkan oleh Leon Tan (produser “War of the worlds: Goliath”) bersama pengarah filem terkemuka, Tony Pietra Arjuna.
“Saya gembira kini lebih banyak kawasan di Asia dapat menonton kisah hebat mengenai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dan bagaimana kami bekerja keras di belakang tabir bagi memastikan kejayaan di dalam dan luar padang,” titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga pemilik JDT.
Johor Darul Ta'zim FC are delighted to announce that Discovery, Inc. has acquired 'Fearless: Rise of the Southern Tigers' from distributors 108 Media to air across Southeast Asia, Taiwan and Hong Kong.
[1/9] pic.twitter.com/wmTcfQOMBv
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 10, 2021
Difilemkan ketika musim 2019/2020, ia turut mengisahkan cerita di belakang tabir bagaimana Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim JDT diuruskan dan perubahan yang dilalui bola sepak Johor sejak DYAM Tunku Ismail mengambil alih pada tahun 2013.
Tayangan perdana ‘Fearless: Rise of The Southern Tigers’ akan disiarkan pada 11 September jam 9 malam (waktu Malaysia) di saluran Discovery Asia di rantau Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong.
“Discovery sentiasa melihat kepada kisah-kisah tempatan mengagumkan yang bergema di seluruh Asia Pasifik. Sebagai sukan paling popular Asia Tenggara, kebangkitan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim adalah satu kisah kejayaan yang diraikan oleh semua, dan kami teruja untuk membawakan siri ini kepada penonton di rantau ini.” kata Lynn Ng, Ketua Bahagian Kandungan Asia Pasifik Discovery, Inc.
Fearless: The Rise of the Johor Southern Tigers
COMING SOON! 🔴🔵 pic.twitter.com/HF8ZSfNZlF
— Vijhay Vick (@vijhayvick) September 3, 2020
Antara kisah yang diceritakan dalam siri ini adalah mengenai visi DYAM Tunku Ismail untuk Johor dan bola sepaknya, bagaimana telitinya Tunku Mahkota Johor ini dalam setiap segi, bagaimana kelab ini berkembang sedikit demi sedikit, perbincangan dalam membuat keputusan untuk kelab, para penyokong Bangsa Johor yang setia dan banyak lagi. Isteri kepada Tunku Mahkota Johor, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam turut menceritakan pengalaman Baginda dan menerangkan bagaimana bersemangatnya DYAM Tunku Ismail.
Siri ini juga memaparkan temubual bersama Pengarah Teknikal Alistair Edwards, Pengarah Sukan Martin Prest, Ketua Jurulatih Benjamin Mora, bekas pengurus Luciano Figueroa, jurulatih-jurulatih Akademi JDT, pemain, penyokong dan beberapa individu di JDT. Krew kamera juga mengikuti beberapa pemain dan ketua jurulatih ke kediaman masing-masing.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Isu Pertukaran Pemain: Empat Pegawai Perlawanan Digantung Tugas Selama Tiga Bulan
Tomas Trucha: Peluang Penang Untuk Jadi Naib Juara Liga Super 50-50