Perebutan naib juara Liga Super semakin sengit dengan kebangkitan yang ditampilkan oleh Penang FC selepas meraih kemenangan ketiga berturut-turut menewaskan Sri Pahang FC, semalam.
Dengan tiga mata yang telah diraih oleh skuad kendalian Tomas Trucha meletakkan mereka kini di tangga kedua liga meninggalkan Kedah Darul Aman FC di tempat ketiga dan Terengganu FC di kedudukan keempat.
Kedudukan terkini Liga Super selepas 21 perlawanan. Penang naik ke tangga kedua. #LigaSuper2021 pic.twitter.com/Y81CsLCQRW
— VOCKET FC (@vocketfc) September 5, 2021
Menurut pengendali berusia 50 tahun ini, pasukannya bernasib baik atas kemenangan 2-1 ke atas Sri Pahang kerana Tok Gajah beraksi cemerlang untuk mengawal permainan.
Justeru, peluang untuk merebut kedudukan terbaik masih lagi terbuka meskipun perlawanan terakhir menentang Terengganu FC pada Ahad ini bukan mudah biarpun skuad kendalian Nafuzi Zain itu mengalami tiga kekalahan sebelum ini.
“Perasaan saya sekarang bercampur baur kerana saya rasa pemain-pemain boleh melakukan aksi yang lebih baik dan sepanjang permainan semalam, kami bernasib baik sahaja sebab Pahang memang bermain dengan cukup cemerlang,” katanya kepada MFL.
Perebutan naib juara Liga Super semakin sengit dengan kebangkitan yang ditampilkan oleh @fa_penang selepas meraih kemenangan ketiga berturut-turut menewaskan Sri Pahang FC, semalam.#LigaSuper2021
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 6, 2021
“Untuk saya, perlawanan pada Ahad ini memang seperti final dan peluang boleh katakan 50-50 kerana Terengganu memang pasukan yang hebat, mempunyai jurulatih tempatan yang bagus, dan ia akan menjadi perlawanan yang cukup sengit nanti untuk merebut tiga mata.
“Bagi saya, Penang telah melakukan tugas yang cemerlang di Liga Premier musim lepas bersama jurulatih Manzoor Azwira dan saya pula datang ke sini bukan nak buat revolusi sendiri, tetapi hanya menyambung apa yang mereka telah lakukan, dan kita sama-sama dapat menstabilkan pasukan di mana perancangan kami menjadi musim ini, dan itulah yang kami inginkan”, jelasnya.
Penang kini perlu menanti keputusan perlawanan yang melibatkan pencabar terdekat, Kedah untuk memastikan mereka kekal di tangga kedua Liga Super.
Kedah pula masih ada dua perlawanan termasuk aksi tertunda pada Rabu ini untuk mereka kembali merampas tempat kedua liga sekaligus meraih slot ke Piala AFC 2022.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Shazwan Wong Berkongsi Tips Bagaimana Pasukan Perak Mampu Menjana Pendapatan RM391,000 Sebulan