Juara Liga Singapura musim 2021, Lion City Sailors dilaporkan memberikan tawaran kepada penyerang tinggi lampai skuad kebangsaan Korea Selatan, Kim Shin-wook bagi menghadapi saingan musim 2022.
Perkara ini dikongsikan oleh Korean Football News di laman media sosial Twitter dimana Lion City mahu mencari pemain yang mempunyai pengalaman luas di peringkat Asia kerana mereka akan beraksi dalam saingan AFC Champions league (ACL) musim hadapan.
Kim Shin-wook has received an offer from Singaporean club Lion City Sailors. (OSEN)
— Korea Football News (@KORFootballNews) October 28, 2021
Lion City Sailors yang dahulunya dikenali sebagai Home United memenangi saingan S-League dengan kelebihan dua mata dihadapan Albirex Niigata sekaligus melayakkan diri untuk beraksi dalam pertandingan peringkat Asia.
Bagi Kim Shin-wook pula, karier profesionalnya banyak berkisar di liga Korea dimana beliau beraksi bersama Ulsan Hyundai dari 2009 hingga 2015. Pemain berusia 33 tahun itu kemudiannya menyertai Jeonbuk Hyundai Motors dan beraksi bersama pasukan itu hingga 2019. Bersama Jeonbuk, Shin-wook pernah memenangi trofi AFC Champions League pada 2016.
Shin-wook berhijrah ke saingan Liga Super China (CSL) pada 2019 dengan menyertai Shanghai Shenhua dan berjaya memenangi trofi Piala FA China pada musim pertama beliau bersama pasukan itu.
#Rumours | πΈπ¬ LION CITY SAILORS WANTS TO SIGN KIM SHIN WOOK π°π·
Singapore's Champion, Lion City Sailors has offered 1.7 millions$ for 3 year to sign South Korea's player, Kim Shin Wook (33 year old).#SPL #LionCitySailors #Kleague pic.twitter.com/cv5eVsa1mG
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) October 28, 2021
Lion City dikhabarkan menawarkan kontrak selama tiga tahun kepada Shin-wook dan pemain itu akan menerima bayaran sebanyak $1.7 Juta atau RM5.2 Juta.
Sekiranya Shin-wook menyertai Lion City, maka beliau akan beraksi bersama deretan pemain bintang lain yang ditandatangani sebelum ini seperti Shahdan Sulaiman, Hariss Harun, Faris Ramli serta Gabriel Quak
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Lim Teong Kim: Dia Tidak Faham Sistem Pembangunan Bola Sepak Negara
Kelayakan Piala Asia B-23: Azfar Terus Jadi Wira Negara Raih Tiga Mata
Kelab Jepun Dan Korea Selatan Berminat Dapatkan Khidmat Ryuji Utomo